Saturday, December 29, 2012

Alhamdulillah...

Mengucap alhamdulillah....

Adalah sesuatu yang amat baik...
Iaitu tanda bersyukur dan tidak alpa akan kebesaran Allah..., yang membawa erti, 'Segala puji hanya utk Allah.'

Tetapi ucapan ini sudah boleh didengar oleh tuhan walaupun kita hanya berbisik...
Jadi kita mesti tertanya-tanya mengapa perlu org mengucapkannya kuat-kuat?


Mengucap di FB:
"Alhamdulillah...."
1) Dengan mengexpect org akan berkata, "wahh gembire nampak.., taknak kongsi ke?"
2) Ada juga yang terlampau lega dan gembire sehingge hendak berkongsi dgn org ramai...


Jadi perbuatan ini sebenarnye tidak salah.., mahupun berlagak riak...
Ia hanyalah sesuatu ekpresi utk memberitahu dan share kepada org ramai bahawa "Jangan behenti pecaya pada tuhan.."
So jgn salah anggap ye dgn mengatakan org-org ini nak tunjuk alim..
Just be happy for them..

Friday, December 28, 2012

garangnye...

hait? apa yang peliknye anak dara yang garang..... mmg la patutnye mcm tu kan?
kalau yg dah takde dara sebelum kawin tu logik jugakla nak manja2.. ni nak berangan anak dara bersifat manja..  gilakapa

Wednesday, December 26, 2012

Ok tips kurus saya (3) pemahaman jogging

Baiklah, sini saya nak explain tentang jogging memandangkan saya lihat masih ramai yang tidak tahu mencari keberkesanan jogging ini....
Okay first of all..,
semakin tua seseorang, semakin rendah kadar metabolisma... Mereka akan jadi mudah gemuk dan diselaputi lemak degil..
Kita sebagai manusia mestilah risau kerana bukan sahaja rupa, kesihatan juga boleh terjejas akibat lemak yg menyemak itu..
Maka, saya disini ingin berkongsi pemahaman ttg jogging yg tak ramai tahu...

Actually, istilah jogging itu sendiri amat general, jadi saya akan xplain satu persatu..


WARM UP
Untuk pasukan rowing, rugby, bola atau apa-apa permainan, jogging digunakan untuk pemanasan badan. Ianya digunakan untuk memanaskan muscle-muscle di badan kita dengan bertujuan untuk memudahkan proses stretching. Sekiranya tiada ruang utk berjogging, 'star jump' juga boleh digunakan utk memanaskan badan.. Sekiranya badan tidak dipanaskan terlebih dahulu, muscle ini akan mengalami kejutan semasa di stretch.. Ia akan rosak di hari tua (kendur dan flabby) manakala untuk skrg pula, kite akan kesakitan kerana stretch semasa muscle 'sedang tido'. Jadi ingat, sebelum bermain apa-apa sukan, pastikan anda berjogging at least 400m dahulu untuk memanaskan badan baru leh maen sukan.


BAKAR LEMAK
Okay, untuk menguruskan badan pula... Hehehe..  Ini yg paling penting.. Bagi mereka yang tidak tahu lagi, the only way to burn lemak yg degil (specifically; area perut) adalah dengan berjogging JARAK JAUH. Tidak perlu ambil timing. Bagi mereka yang btol smangat wajar, saya sarankan jogging total 5km sebanyak minimum 3 kali seminggu. (ingat, tak perlu amik timing but totally not walking. JANGAN JALAN SIAR-SIAR.. I guess by now you shud already know how to differentiate between running, jogging and walking okay)

Ada juga yang confuse...  "Oh , lari naik bukit turun bukit , naik tangga 14 tingkat, turun tangga boleh cepat kurus!"
Oh tidak... Perbuatan itu mmg effective tetapi memberi kesan utk jangka masa yang pjg... Maksud saya, dari segi lutut dan pinggang...Lain la kalau ambil zat yang cukup...
Perbuatan berjogging di bukit bukau adalah utk intensif training iaitu utk persediaan sebelum race ataupun sebelum perlawanan.. Ini amat effective dari segi muscle strength, which is takde kene mengene dgn mempercepatkan proses pengempisan perut.

Ada juga yang ajaran sesat... "Jangan makan nasi oh, kalau tak sia-sia je kau jogging..."
Tettttttt...... Sapa ajar...? Nasi adalah sebuah kewajipan. (karbohidrat I mean).. Just makan mcm biasa..
Okay explain sikit. Bila makan especially selepas jogging, protein dan zat-zat tadi akan disedut oleh worn muscle... Proses sedutan zat itu akan menghasilkan metabolism..  Sekiranya dah habis jogging dan tidak makan apa-apa (konon diet).., sistem badan kita akan blur taktau nak bokpe sbb tadi dah bakar lemak.. Jadi dia akan menyedut zat-zat yang dah ade dari badan kite dan secara tak lgsgnya kita akan cepat fatigue dan longlai...  Ini adalah perbuatan tidak sihat dan akan upset the system of your body...  Nanti sok-sok muka cepat berkedut, lemak perut akan menggelebeh dan rambut cepat gugur.. (yg rambut gugur tu Fifi reka haha)


FITNESS
Ini common tapi saya include je lah jugak.. Untuk mereka yang tiada masalah dengan lemak, body fat range 12-18%, perut susah dicubit, sepatutnya tiada masalah dalam mengekalkan fitness.. (unless kau dok shisha sana sini or smoking)..  Fitness berguna contohnya berjalan dari KLCC ke Pavilion, ataupun, mengangkat carpet rumah mak mertua, atau pun menyapu seluruh rumah dan vacuum seluruh rumah... haha contoh over okay sorry. continue..  In order to kekalkan fitness..., kene la kekalkan routine jogging.. Actually banyak je cara nak kekalkan fitness contohnya; menari, aerobik, hiking, swimming, cycling... asalkan kitaa buat semua tu non-stop more than 40minits stiap selang 2 hari dah cukup... Ala buat je mcm saya, kalau dah malas sangat nak pakai tudung, nak siap-siap, pasang je lagu kat PC, aerobik depan cermin selama 45minit. cukup ah..  Pakai baju tido pon boleh... Asalkan nak keeping up with the fitness.  Hahha...
Oh ya tapi berbalik kepada jogging, utk mereka yang dah kurus tu, jog je kat tanah rata selama 20minit dah cukup... Yang ni kene amik timing la... Kalau boleh, buatla 3km dalam masa 20minit.. Takde hal punya sebab kat tanah rata je... Make sure JGN MAKAN SEBELUM JOGGING..  Walaupun seslice kek..  BUAH SHJ YG BOLEH DIMAKAN SEBELUM SUKAN. Make sure minum air baaanyak-banyak 10minit sebelum jogging..


TIDUR MALAM YANG LENA
Barangsiapa yang ada masalah seperti saya iaitu sukar tidur malam harus mengamalkan ini. (Heheh Fifi tak buat pun)
Jogging pada waktu pagi (6:30 - 8:15am adalah waktu yg sesuai) akan membuat badan kita ingin tido pada waktu malam dan sekaligus memberi tidur malam yang lena.. Tak chaye cuba try..


Al-Kesimpulannya... Badan kite gemuk kurus bergantung kepada kadar metabolism kite..  So in order to tinggikan ia, kene lah makan nasi dan protein dan buah dan semua disertakan dgn JOGGING...
Tolong jgn confuse dengan pergi cut off makan in order to kuruskan perut.. TAK PERLU. Yang perlunye ialah JOGGING....
JOGGING lah wahai manusia in order to have a slim body...
Sekian terima kasih...

Tuesday, December 25, 2012

"Saya just humble je..."

Err....  Ade ke orang yg humble mengaku diri dia humble....?

Lain la kalau dia nak org lain humble, mungkin dia boleh seru org lain tu supaya jadi humble...,
mcm.., "hey.., humble la sikit... kau ni..."
Bukan.., "saya just humble je.."

Thats the best joke utk hari itu.
Sekian.

Monday, December 24, 2012

Tuhan maha pemurah, lagi maha penyayang

No doubt about it... Hanya perlu sabar sahaja..
Yakin pada Allah.. Kena yakin..

Sesungguhnya semua rezeki yg kita ada skrg ni milik tuhan...
Yang belum dpt pon milik Dia. Jadi jangan berhenti berharap.

Imagine, mama kite tu kite dah rasa pemurah gile an...
Bayangkan.., tuhan itu MAHA pemurah... Maksudnya ada yg lebih pemurah dari mama kite...
Soooo, kene sabar dan yakin je la...
InsyaAllah......

Sunday, December 23, 2012

rosak akidah

dah sah la rosak akidah awak bile awak menyatakan ayat, "saya rasa tuhan dah tersilap buat awak la..  awak sebenarnye dia nak buat jadi bidadari..."
tolong jgn puji melebih, bermain kata, sweet talk sampai lupa keesaan tuhan. . itu tak boleh jadi bahan gurauan mahupun puisi. lgsg tokleh. dokleh. cannot. tuhan tak pernah silap.
OK?

Saturday, December 22, 2012

Menangis tonton movie 1 bintang


Please. Sumpah bukan kerja nak mengondemmmm je crite local...,
masa alah nye..., what the heck man yg kami tonton tu..

'Strawberry Cinta'.

Again, saya tulis ni, untuk memberi komen. And komen adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu filem2 tanahair kite sendiri...

Apa nak jadi?
In the first place - kenapa nak buat filem kalau tak cukup bajet?
Saya punya lah nak sokong, support filem tanahair kita...
And balik, dalam keadaan menyesal gile rasa nak carut. (sorry, but frankly speaking)
Why the heck nak guna pelakon cina sebagai watak pelancong dari Jepun?
WHY?

2nd - Kenapa dia sebut strawberry as "Stlobeli"???
Dah nak mampos ke??
Yang lain betul pulak dia punya bahasa tu..., cuma yg strawberry nye tu yg disturbing sikit...
Orang jepun tak boleh sebut L, bukan R. Please.

3rd - Kenapa plot cerita dia plain sangat.. Minum air mineral pon tak plain mcm tu...
Oh, dia dtg Malaysia, cari mak dia..  Oh jumpe.., nangis..., balik Jepun balik.. WHATTTTT?! tolonglah kerah sikit otak tu nak buat cite kawaii konon niiii...

Sedih la...  Please.., Kalau rasa saya nak kutukkkk je cerita melayu.., Please fikir la kenape saya sanggup spent duik saya untuk tonton crite tu instead of crite luar negara yg lain...  Renung2kan.., Dan berubahla....

Wednesday, December 12, 2012

My Beautiful Friend

I made this song (My Beautiful Friend by The Charlatans) as my ringtone just for you. This may sound pretty gay but i love you Ain.  Thank you for not giving up our friendship. I need someone, exactly like you. I think you know me better than anyone else.. (excluding mamasham la since she's got a crystal ball, LOL)
anyhow, i hope you'r doin' fine .. dont let the communication-breakdown tear us apart... i still got ur number. (haha wont let my ego down by adding you into my fb list back) LOL.
I miss you ain.

Monday, December 10, 2012

better off alone?

Are you better off alone?
Better in terms of what?
You will be more independent,
more happy
or your sins will reduce?

Friday, December 7, 2012

I care no more

Bukan style chipsmore dah. I care no more.

NO  MORE.

Wednesday, December 5, 2012

blue-sea sakit

blue-sea kucing kesayangan pchan sakit.. .
bulu dia gugur banyak. . 2 hari lepas dia mengecek makanan macam blue-sea..  start smlm ngan harini, org hulur cencaru kat hidung, dia buleh buat dono.  badan ie kuning. . .  enggan makan, lgsg tak smangat nak menyahut nama dia.. muntahhh je.. bau dia dah busuk. . dia stil gemuk. . cuma mcm bangkai bergerak. . busuk. . . rupe dia mcm sihat. . posing, baring mcm blue-sea.. . taktau ape jadi. .. pchan tuduh kitorang buat. aku malas nak layan. . doktor kate virus atau sakit kat hati dia.. . balik dari vet tadi, dia tros bla hilangkan diri.. . .
sedih. . . blue-sea mcm . . .  nak . .. . .. .. . . . .
:'(

Tuesday, December 4, 2012

Sabtu ialah hujung minggu, for god sake!

Masuk ni, dah 3 company yg bekerja hari Sabtu offer saya. ..Sedih...  Takkan nak manja sgt...  Mmgla saya punye field, Civil Engineering... Tapi nape yg saya minat (construction) sume keje hari Sabtu...  full day lak tu.. pengsan....  tros jadi askar robot..
Penang, goodbye.... . .. .
:(



Sunday, December 2, 2012

Ok tips kurus saya (2)

Jangan minum air berselang ngan makan.
Kalau boleh, sebelum makan... Minum awal2...
Then dah habis makan, 20minit baru minum air...

Ini bukan teori mengarut..  Air yang diminum actually akan mencairkan jus gaster (ayat simplenye, jus perut)
Jadi, kebolehan untuk menghancurkan makanan kite tu menjadi sukar bila jus perut cair.., thus akan merosakkan dan menstretchkan usus kite ..  dan itulah permulaan boroi.

So, takot2 kan lah diri utk minum semasa makan benda berat!

Saturday, December 1, 2012

luka saya yang agak dalam

"Kau ngan kembar kau sama je, suka menyusahkan orang."

Friday, November 30, 2012

:(

saya ketawa banyak..  tapi hati saya sakit sebenarnye.. .  ntah kenape roh saya agree utk lahir ke dunia dulu. . . ini hari pertama dalam bulan ni adik tak bobom sama saya.. . jadi saya curi peluang ni utk menangis. . saya rasa saya hendak bawa diri..  cuma saya paling takot mati keseorangan. . jadi, tak jadi bawa diri..   :'(

Thursday, November 29, 2012

Ok tips kurus saya (1)

Sentiasa pakai tali pinggang, or apa2 tali kat perut..



Tuesday, November 27, 2012

the fugly fuglio

if you are born ugly..., its normal to have the thought that people praise you (beautiful, cute) just to make you happy. .. .  aww pity the f f

Monday, November 26, 2012

huh?

macam bodo gile bile seseorang mintak explanation ye ye benar tapi bile kite jawab, dia diam. ape tu?
u didnt use any foul language but dats rude.  you can ignore all annoying and sickening msgs but its stupid to ignore answer that u asked for it. a simple "ok i got you" or "baiklah saya paham" shud be it. takkan la itu pun nak ajar..

Comot

Makan durian guna kelima-lima jari...
Sambil bercakap, ada calit durian di bibir...

Basuh tangan di sink, ade kesan durian di pemegang sink...



Saya kat sini, sakit tengkuk menahan geli....


b y e  .. .. ...  . .   .

Sunday, November 25, 2012

suke atau tak.? (Generally)

Kenapa masih ada lagi soalan ,

"Kau suke dia ke tak sebenarnye?"

"Awak sayang saya lagi tak?"



Okay. Ade sekumpulan kawan ni...
A ni kuat menipu.
B ni self-centered.
C ni rasa dia bagus sangat.
D ni tembel dan suke lengah2.

Okay.
But they are still friends.
5 tahun dah berkawan.


Why?

Padahal
mana ada orang suka org yg kuat menipu.
Mana ada orang suka org yg selalu asyik pasal diri dia je.
Mana da orang yg suka org yg prasan bagus.
Manada orang yg suka org lembab.

Yang sebenarnye... zaman skrg.., mana ada kisah suke ke tak ke, sayang ke tak ke.....
Yang penting,
kita boleh terima ke tak dia?
Dats all.
Aku mmg meluat gile ngan dia.. Aku tau dia tengah menipu ni.., tapi layankan je la...
(meaning boleh terima dia seadanya).

Mcm kalau kite sayang gile ngan mamat ni..., but then tokleh trime dia...

Faham tak?

Faham tak?

Saturday, November 24, 2012

Jual Ikan


Awak jual ikan, takde sape nak beli, okay???
Busuk.


Thursday, November 22, 2012

badik2

Yang adiknya ialah bongsu. Las daripada 3 org total. Yang kakaknya ialah along.
Adiknya charge phone di belah kanan dan menaip sambil menjulurkan kakinya ke atas bantal kepala kaklongnya yang demam.
Kaklongnya sampok dan buat suara nak nanges (we call that as 'merengek')..
Fifi mencelah...
"Adik..., kan kakak tu demam...."

Adik tak boleh terima kenyataan Fifi sound dia..., lantas dia mrajuk, tros cabut hp dari charger dan bobom sebelah katil (volunteer nak bobom bawah).


Susah sebenarnye seseorang yang tidak demam utk memahami seseorang yang sedang demam.... Sepatutnye anak bongsu mempunyai daya empati tertinggi antara ramai2...  Tapi taktau dalam kes ni, adik berasa sensitif...  Mungkin Fifi tak patut masuk campur...
Herm ntah la..

Kena bawak adik ke Daiso lepas jogging esok pagi, untuk menceriakan dia kembali...
Tapi nanti kakaknya cemburu.... Tapi kakaknya nak bjalan pon dah thuyung hayang demam, chamno nak bawak jalan..?
Adoi. belahlah badan Fifi. Kerat dua...




Thursday, November 15, 2012

Hoy

Aku dah malas nak berlembut. Kalau kau rase aku penipu sangat, kenape kau nak kat aku lagi bodoh!!!!!
Aku anti penipu la bodoh kenape pulak aku nak menipu!! ! FOB!

Ayat Penyata Dari Saya

Saya dengan seriousnya menyatakan bahawa saya tiada teman lelaki, boypren, teman cinta sebelum kawin atau keturunannya.. Saya tak berminat dan tidak akan berminat. Demi mengelakkan maksiat berlaku akibat horny porny tak tentu pasal ataupun pemahaman disebaliknya, saya tidak akan keluar berdua-duaan dengan mana-mana lelaki yg tidak bergelar sebagai suami saya.
Saya manusia biasa tidak perfect dan mudah alpa, jadi saya harus menjauhi perkara-perkara sampah sebegitu dari akarnya..
Diharap lupakan niat anda semua untuk mengapproach atau menagih cinta kerana saya cinta mak saya seorang sahaja.
(Sumpah ayat penyata ini tidak berniat nak blagak kerek ataupun sombong atau bajet hot stuff.. penyataan ini PERLU untuk mengelakkan salah faham dan tuduhan 'memberi harapan').
TOLONGLAH KALAU ANDA EXBF KPD SALAH SEORANG DRPD KAWAN2 SAYA, SEORANG MANUSIA YANG WORKAHOLIC (tolong belajar differentiate between robot dan manusia please), ATAUPUN YANG TIADA POTENSI UTK MENJADI SUAMI ORANG, BLAH JAUH DARI SINI. I'M SICK, TOUCH ME I'M SICK!
Sila datang ke sini dengan persediaan dan saya akan buat awak mcm raja. Sumpah ni sumpah. Just be the man la.

Monday, November 12, 2012

hey rita sombong

awak ugut rita ke?

awak lupa betapa tebalnya ego rita?

awak tau tak rita dah bayangkan diri dia berseorangan
di rumah sendiri bertemankan boat dan tasik.. 

dgn sombongnya rita tu cakap, "i dont need a guy to ruin my life.".
buat apa muka handsome, tapi perangai berpura-pura...
takyah.. .baik muke buruk mcm si rita, tapi isi mcm manggis...

Thursday, November 8, 2012

Communication Breakdown

Disebabkan zaman skrg ada HANDPHONE.....
manusia semakin manja....

Zaman dahulu, mind set mereka lain.. Sbb mereka sudah tahu TIADA cara berhubung selain drpd mengutus surat...
Jadi, kerinduan dipupuk...
Kesabaran dari segi rindu shj yg ada...
Menulis surat panjang lebar untuk mencuri peluang memenuhi satu kertas kerana sudah bayar setem...
Si penerima mengambil masa 5 minit untuk membaca tulisan drpd buah hati dan merindui sehingga masuk mimpi...


Pada zaman skrg...
hilang satu hari.....,
I wonder.., where the hell is she/he...
I wonder..., takkan la takde kredit...
I never really realise how much i miss her/him...
Kesabaran itu dtgnya hanya sabarkan diri utk tidak mengamuk/marah...


Kemodenan sebenarnye menyedihkan...
Kemodenan sebenarnye membutakan...
Kemodenan sebenarnye menyedihkan...

Monday, November 5, 2012

Hodoh


Saya mengaku saya hodoh. Jadi, boleh pusing dan blah?


Thursday, November 1, 2012

Buta Hati


Hati sudah buta sama duik, harta dan pangkat.

I dont wanna talk like a dreamer...
I'm talking like you, reality...
Rich guy tends to forget their wife and children.
Just dont give me up to 100 excuses just to reject him..

Rezeki di tangan tuhan.


Can't you see...?
Your rich daughter cant even wash her dishes..
Never sit and listen to you while pluckin your gray hair...

But still, she can buy you longchamp tote..

Dats why you like her...
So much.


I know what is reality...
I learned from my parents...
And I know you know better than me...

Just be humble, inside.. please I beg you...

Sunday, October 28, 2012

Aksi vs. Tidak Beraksi




Selain daripada graviti (suatu daya tarikan dari pusat bumi tanpa-kita-ketahui-apakah-ia-tapi-kita-main-terima-je-pahaman-Newton-itu), minat juga memainkan peranan penting dalam menarik seseorang ke arah sesuatu...

Aku minat kereta, jadi aku letak gambar kereta2 kat profile facebook aku.

Aku minat emas, jadi aku beli sampai kering duik dalam bank..

Aku minat Saloma, jadi aku tak tindik tlinge sebab nak tiru Saloma..


Penarikan sebegini adalah kerana minat..
Penarikan sebegini sepatutnye membuatkan seseorang itu obses dan sungguh inginkan benda yang dia minat tu.
Tetapi, mari kita cerita tentang sinta (bagi mereka yang geli menggunakan C word)..
Apakah pula terma bagi mereka yang kata minat..., tapi... tiada movement...
Apakah itu dipanggil minat?
Secara pahaman logiknya, itu tidak boleh dipanggil minat...
Bahasa kita, "Ha..sah tak minat."

Tapi ini hati la bro.., sapa mengerti....

Sebenarnye, setiap manusia yang masih belum berpasangan di muka bumi ini sendiri tidak tahu siapa yang hati mereka hendakkan... Yang aku tahu, aku minat dia.. Again, jangan cakap kau minat sesuatu bila kau tak USAHA utk dapatkan dia..  Itu dipanggil, "Suka rasanya". Ada RASANYA di situ - uncertain.

"Semalam aku jumpa ade satu awek ni.. Siyes menawan kalbu..  Aku bagi e-mail fb aku kat dia..  Tup2 malam tu dia tros add.. LOL aku main2 je, skali dia add da.."
Okay, keturunan babun di atas BOLEH dikategorikan sebagai peminat awek tu. Dia minat... , sbb?  Dia ada effort.. Walaupun dia berkata yang dia bergurau je... (cuba nasib) tetapi benar, dia minat perempuan tu..
Cuma dia terlebih berani. Dia digelar peminat bahlul.

"Omaigadddd..  Dia yummy gilon! Aku tau dia single weyyy tapi aku takott! Aku perempuan..bodoh tak kalau aku approach dia??  Dia dah la lgsg tak pandang perempuan...  pengsannnn!"
Okay, keturunan cipan di atas adalah pelawak. Tapi actually dia berani utk berfikir begitu.. Betul ape orang kata.. Apa kes perigi cari timba...
HELLOOOO... Kalau dah minat, Newton pon aku sembelih bro..  (tak pasal2)
Al-kisahnya takde yang salah okay perempuan approach laki..  Mana laki tu nak tau kau minat dia..  Laki (Melayu secara khususnya) zaman skrg dah la lemlem... Ntah la..  telur makin kecil kot dimamah zaman..

Laki tu gay ke, penagih dadah ke, benci kau ke, makcik pokcik kau yg keypoche tak suke dia ke, crite kemudian la... Yang pasti, usahakan keinginan kita.. Result tu yang penting.
Kebenaran itu mungkin buruk.., tapi kebenaran itself, sangat cantik..  Boleh ke tido stiap hari bila kite tak setelkan sesuatu di otak dan hati?  Berat la..  Lets make life easier la...
Approach je orang yg kite minat,
Beli je bende yg kite minat,
makan je bende yang kite minat..



Thursday, October 25, 2012

Pity my mom

She has to deal with 5 different characters.....
Mati wo..


Sorang;
1) Pemendam

Sorang;
2) Tak penyabar

Sorang;
3) Suka tanya soalan mengarut

Sorang;
4) Degil bani

Sorang;
5) Rasa bijok sgt and nak mengajar mak


Persamaan kelima-lima orang itu ialah mereka semua ialah perempuan..  lagi die wo..


Nasib baik mama mengamalkan vitamin lantas kulit mukanya tiada kedutan setitik pon...

Tuesday, October 23, 2012

Anggur yang tidak sihat


Video yg telah kejangkan pipi dan perut sayaa.. FUNNY!

Aiyo semenjak jadi penganggur, saya asyik meroyan tonton video di Youtube je..  fuh mata panda... Saya bagi link ni supaya sesapa yang baca blog ini akan berjangkit penyakit anggur ni.


Sunday, October 21, 2012

Degil

Orang yang degil mmg menstresskan...
Orang yang sedang menaip ni pon degil...
Haih stress............

Wednesday, October 10, 2012

Chinggam

Semasa menaiki tangga, Chiggam itu diludah oleh mamat itu...
Chinggam itu bergolek ke bawah..  Tanpa ia sedar, ia telah mengutip sebutir berlian yang tercicir dari cincin seorang wanita yang sangat cantik...



Chinggam itu kini sedar ada berlian yang sentiasa melekat di badannya...
Chinggam itu tidak sangka la pulak bahawa ada juga berlian yang berada di lantai...
Chinggam berasa sangat bersyukur...
Tapi chinggam dah taknak bergolek ke lantai dah...  chinggam nak duduk diam2 je dengan berlian di badannya...


Thursday, October 4, 2012

Hikayat Faguna Sedunia



Aku melihat kucing di belakang...  Sempat dia bertanya, "Sapa punye pinggan2 tak basuh tu..?"
And I was looking at the sink.....   Herm.....  "Senang je, kalau mangkuk2, pinggan2 kecik yg mcm poyo2 diet tu, confirm bukan aku punye." I was saying that just to tell, "It's not mine you baka."
Skali dia buleh jawab, "Oh ho aku ingat kau punye."

Itu adalah sebuah fishcake yg aku takleh blah.


Tuesday, October 2, 2012

Buntu . tt

Kerusi tiada. Workspace masih belum adjust. CV masih belum buat.
baru 2 minggu tamat belajar. Result dah keluar..


Alhamdulillah...

Dapat buat semua benda yang saya suka..
Masih mengajar gamelan di Sekolah jalan 4, Bangi dan masih rower sejati.

Walaupun menulis ini dalam keadaan sedih,

saya tetap akan meneruskan hidup.


Buntu.
Otak kawal apa sebenarnya...?
Kenape dibenarkan konflik antara perasaan dan pikiran?







(You can't quit me baby by Queens of The Stone Age)





"I'll see you in hell"

Tuesday, September 25, 2012

omaigad burung milik f mmg wujud!

sebelum ini, ada saya ceritakan ttg burung milik g di dalam blog...  cerita itu hanyalah cerita rekaan....  rupa-rupanya, burung milik f mmg wujud! cuma ia milik papalant!!  burung murai (yg warna hitam putih)!  dia dtg dan pergi. secara konsisten.  hanya tumpang tinggal di rumah papalant...   kiutttt!!!  babah kata dia namakan burung tu mike! jadi burung milik f rupanya jantan.   !    LOL!   hahahahhaha kiut sangattttt

Sunday, September 23, 2012

sama ja


you are   my biggest regret.

Saturday, September 22, 2012

Bunyi memang cliche..



Tapi, jodoh itu ketentuan tuhan....
Couple la 4 tahun ke, 6 tahun ke...,
kalau orang tu bukan jodoh kite, tak sampai ke mana jugak...

Jadi, be moderate...
Sederhana sahaja melayan pakwe ....
Bila dah kawin, baru leh layan pakwe mcm raja...  haaaa...


Kalau dah rasa mcm takde jodoh, tapi nak jugak orang tu,
gi masuk meminang teros... Perempuan mana yang nak tolak pinangan....
Tapi make sure you'v got the money la...



Mmg jodoh di tangan tuhan, tapi.. , USAHA tangga kejayaan.  .. ..




lol what a bed ending pipiiii

Thursday, September 20, 2012

Otak-Otak



Satu otak tak bleh menang banyak otak.
Satu otak sindri mahu hancurkan ia sendiri.

Jadi,


I'd rather be alone..


Wednesday, September 19, 2012

turn off

Saya bicara sama saya dan Ain..
Tentang lelaki.

Big turn off;
1) Laki kolar naik atas
2) Rokok
3) Makan bunyi
4) Makan comot
5) Boroi
6) Laki botak tengah yang taknak licinkan kepala
7) Mencarut kuat-kuat yang mcm nak create scene
8) Gambar profile kereta2
9) Buat janji tapi tak tepati
10) Kuku jari kaki dan tangan pjg.
11) Asik main smartfon depan girlfriend
12) Stokin busuk
13) Funky typing (aWk rSe awAk laPar tK?)
14) Asik crite pasal diri dia sendiri je
15) Tak pandai drive

Saturday, September 15, 2012

Maut sendiri

Saya nak aiskrim...  Boleh beli?

OK.


Saya nak chocolate....  Boleh beli?

OK..


Saya nak makan nasi.., lapar...  Boleh belanja...?

OK..



Saya nak percaya awak... Boleh bagi saya keyakinan...?

Boleh boleh...

Oh lupe saya yg tak boleh percaya...  Bye bunuh diri..

Wednesday, September 12, 2012

Layen Kali


Lain kali,
Ada gf..., jaga.
layan.
jangan ignore.

Kalau gf disambar orang lain, terima je la...


Tuesday, September 11, 2012

Pergi Mampos


Aku dah malas.

PEGI MAMPOS!!



Monday, September 10, 2012

Bendera Merah


Hey.....y..y.y......

Buat pertama kalinya 'Bendera Merah' kali ini, saya tidak sampok2...
Setitik air mata pun tak keluar......

M A G I C . . . . . . .


Thanks to Orenj yang magic..
3
3
3
3
3
3
3
3

Sunday, September 9, 2012

Penyakit Kronik



Bila rindu yang paling la...
Saya ignore yang paling....

Orang gilaaaaaa.................


Thursday, September 6, 2012

Kamu umpama Jajan


Sedap.
Ketagih.
Tapi merbahayakan kesihatan.....


Wednesday, September 5, 2012

Peritnya Batuk

Menjaga orang sakit bukan adat.
Ia adalah tanggungjawab.

Takde maknanya kau pergi cakap, lawan.., lawan bile org tu dah batuk mcm nak mampos terkeluar anak tekak ...
Batuk kering tokleh lawan.
Tolongla paham.

Kang aku batuk depan muke kau biar berjangkit baru tahu.
Lap sendiri darah dan kahak tu.

Tuesday, September 4, 2012

Burung milik G


Burung itu dahulu nya dimiliki oleh orang lain...
Orang lain itu dipanggil F.
Si F menjaga burung itu dengan baiknya..  dia memberi kebebasan pada burung itu..., beri makan bila nak beri...  ianya umpama..., burung yg hampir liar, tapi bertuan...  Ha....
Adakalanya burung itu kenyang, dan adakalanya burung itu kelaparan....

Ada waktu burung itu singgah di rumah F, tetapi tiada makanan di piring...
Ada waktu, F sendiri menyiul memanggil burung itu utk makan....

Sekali, pada suatu hari..., munculnya G, seorang yang berminat untuk membela burung itu...
Katanya burung itu comeyl.. Lantas, dia mencuri burung itu. Mencuri dan membawa ke rumahnya...
Di rumah G, ada sebuah fountain yang sangat cantik...  Laman rumah G sungguh suci. Ada bunga warna-warni... Balang makanan disitu juga sentiasa penuh dgn makanan...
Burung itu sangat bahagia...  Walaupun kadang-kadang dia teringatkan tuannya dahulu, tetapi kebahagiaan dia amat indah tak terkata bertuankan si G. Kewujudan burung itu juga nampak gayanya memberi cahaya kepada G..  Jadi, kewujudan mereka berdua sangat diperlukan antara mereka...




Thursday, August 30, 2012

bayang-bayang yang menyedihkan


Biasanya, selepas 1 or 2 bulan clash/break, manusia sukar untuk melupakan ex mereka. Terutama bagi mereka yang tidak pernah ada masalah sebelum itu.., (ini digelar sbg cinta terhalang).

Kite tidak buleh menyalahkan mana-mana pihak, kerana, secara logiknya, sejarah ialah bende yg telah berlaku. Yang pernah ada di dalam otak. So, somehow, mmg akan terngiang ngiang dgn routine harian pasangan tersebut...  Okay, cuba bayangkan pasangan itu sudah bercouple selama 4 tahun, dan kemudian, break tanpa sebab..  Mustahhhil utk melupakan segala-galanya dalam sekelip mata...

Tapi...,

Tak semestinya ex awak dulu nak gelang, awak kena beli gelang utk teman baru.
Tak semestinya ex awak dulu TAK suke jalan2 kat tmpt yg ramai org kenal, awak kena bawak teman baru awak kat tmpt yg tak ramai orang kenal..
Tak semestinya..  Tak semestinya...
Actually, dengan berbuat mcm tu pun dah tau awak sebenarnye bayangkan teman baru awak tu, ex awak.
Paham?

Now, i ask you, teman yang baru itu hanya sekadar teman , atau pun awak btol2 nak dia or as bayang2 ur ex..?

Wednesday, August 29, 2012

Ironi

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Ironi sungguh bila student yang tinggal disini (UNITEN) kehabisan wang kerana kena bayar bil elektrik.
Stupid.
'UNITEN GENERATES PROFESSIONAL' la sangat.  UNITEN generates money ade la..


Tuesday, August 28, 2012

Sayang

Sayang.
Memang sayang...


Memang sayang sangat..  Tapi.......

..
..

....

Monday, August 27, 2012

InsyaAllah


Bunyi mmg cliche...

Tapi.....  Pilihlah orang yang sayang pada kita..
InsyaAllah hidup akan bahagia...

Janganlah menaruh harapan dari orang yg tidak pasti perasaannya pada kita...

InsyaAllah, tuhan akan membantu pasangan yang ingin berkahwin...
Jadi, pasangkanlah niat bercouple tu utk berkahwin...  Sbb dgn niat ini, segala urusan kita, insyaAllah akan dipermudahkan tuhan....

Let's love, like you'v never been hurt before...

(saya sedang dilamun cinta dan merindui Orenj saya)

: (

Sunday, August 26, 2012

Musuh mmg musuh.

Tapi selagi kita boleh ajar, kita ajar.

Jangan sesekali create a gang dan isolate dia..  Tak elok...

Biar hati membenci..., tapi jangan suruh org lain benci skali...  itu berpuak namanya...
Perbuatan yang Allah s.w.t. benci...

Musuh mmg musuh...
Tapi tak salah kalau ade org yang buleh bicara dan nasihat dia...

Katalah saya hipokrit, baik pada semua orang..., pura-pura...
Tapi na wai tu saya tu yang penting....
Tolong faham dan jangan la berkomplot..  Benci lah perbuatan hina dia, tapi jangan lah membenci dia...

: (


Thursday, August 23, 2012

Susahnye seorang yang berjiwa rapuh

Apabila mengarang thesis...
yang berayatkan
"Fibre is added to increase the viscosity and to prevent drain-down of the sample."

Erti kata lain yang lebih mudah difahami, virgin bitumen sgt cair..., makanya, ditambahkan dengan fibre seperti getah dari tayar yg dikitar semula akan memekatkan bitumen, lantas, dpt mengurangkan jumlah bitumen yg lari dari sample... (ini digelar bleeding ataupun seggregation)

Masa alahnye.....
Saya dah fikir ke tmpt lain....
Kalau manusia yang berhati lembut....
ditambahkan dengan benda yang bukan sifat semulajadinya, seperti;
1) selalu kene ignore,
2) selalu kena marah,
3) selalu kene herdik..

mmg hati yg lembut tu akann... akhirnye menjadi stone....
haaa.........  lantas, hati batu itu membantu orang itu menempuhi hidupnya and actually menjadi lebih kuat la... sama mcm bitumen tadi, jadi lebih pekat....


BYE muntah buat thesis!

Wednesday, August 22, 2012

Latar Belakang

Kategorinya ialah latar belakang.

Tapi memberi impak sgt besar....

Thursday, August 16, 2012

Hirup udara segar kembali

Harini hari paling gembira....
Ada byk sebab....
Satu, kesan cuaca aircond semalam...
Dua, kesan seorang gentleman semalam.. :)
Tiga, HARINI SAYA BAKAL MENGHABISKAN SAMPLE LAB TEST!



hahahhahahahahah (dah la smlm abe dauh pasey album lama ACAB dulu kat lab.. hahaha dah jadi lab surga sekejap..  hhahahahah)

Lepas siap lab test esok....,
Buleh buat analysis dan thesis tros!...



Cari kerja..., bayar hutang piutang...
& Bercuti dengan kawan2!

:)



:)




Saya sebenarnye senyum lebih dari itu....
Kalini saya rasa betul2 macam seorang wanita...
Thank you kepada awak...   :)

Wednesday, August 15, 2012

Mercun Naga

Lagi 5 hari nak raya...  :)
Kami sekumpulan uuligern sedang kebosanan...
Dila tido sini malam ni..  hehehehe
Dila telah belikan mercun naga dari peniaga yang halal utk saya..

:)

hahahhaha kebetulan Zetty dan Amal pun ada di rumah..  Instead of buat kerja...

Kami baling mercun di luar tingkap!
Tiba part saya... Saya baling, saya baling ke atas...  :O
skali..., bersepai percikan api di tingkap rumah atas..  kihihihihihi syarat kami jgn ketawe sbb nanti org dpt detect..  masalahnye mmg takde bunyi ketawe... tapi bunyi baldi dan pintu berdentam dentum akibat nak lari dari tingkap tu, kecoh sgt..  hahahahahahahahahahahahahhah

Lucu sangat...
Kemudian Dila memiliki mercun pop, saya panggil itu mercun sampah..
Diorang punye la suke...  baling kat tingkap2 org yg terbuka...  hahahahhaha itu mmg ooligern sebenar....  yang ini saya tak join sbb mercun pop mmg buat sampah..  hahahahahahah

Lucu btol...  bila kami intai di tingkap, ada kepale2 dari tingkap apartment lain mencari-cari siapa pembaling mercun tu..  (bunyi mercun naga tu agak kuat sbb saya bakar skali 4 dan baling..)  hihihhi  suspennnnnn


Monday, August 13, 2012

Jupiter dan bulan bertemu, dan berpisah



Pada 12 / 8 / 2012

Susunan Jupiter dan bulan mencipta sebuah pemandangan yang indah skali di langit malam...
Pada tarikh ini, bumi sedang berputar berdekatan dengan kawasan yang penuh dgn hujan meteor..
Akan tetapi saya tidak sempat melihatnya...



Malangnya, pada 13 / 8 / 2012

Susunan Jupiter yang indah seperti semalam tidak berkekalan.. Mereka sudah terpisah jauh......
Saya tahu itu akan berlaku....
Kerana saya tahu, tidak semua benda indah berkekalan.... Walaupun sehari menikmati hari indah itu.....
Saya tetap akan sayang Jupiter sampai bila2....


: (

Sunday, August 12, 2012

Kedekut nak isi minyak membawa padah



Padah pertama)
Kalau dah stuck kat tafic jam (yela, benda ni mane buleh predict), menangis la kau sorang dalam kereta bila minyak habis titiba..

Padah kedua)
Biasakan mengisi minyak stiap kali menyala lampu ? Baca ni. Ada perasan tak bile minyak sikit, kite susah nak tekan masa naik bukit? Ini kerana, semasa naik bukit, atau proses nak memecut, minyak disedut dgn laju.. Ianya lebih dasyat sekiranya minyak sikit didalam tangki. Aha!  Proses mencari minyak penuh dgn bersungguh tu la akhirnya membuatkan enjin kite menggunakan minyak dgn bersungguh, lantas lebih menghabiskan minyak dgn cepat.. (bahasa babun yg taktau la org paham ke tak)
Al-kesimpulannye, takyah la mengarut sgt saving konon isi minyak sikit2 RM10 sbb minyak digunakan lebih byk bila keadaan tangki penuh ngan gas , kata lain, kosong.

Padah ketiga)
Pada yang kaki racing tu, cube accelerate selaju 120km/h & ke atas..  Haa....  Tak power kannn...  Jadi, isila minyak kalau kene cabar ngan Audi ke, Satria-bajet-bagus ke, takdelah stress sbb tak dpt lawan balik.. hahahahah nasihat babun...


Saturday, August 11, 2012

Rindu dari dia = Rindu dari kita

Ya betul.  Benda tu terbukti...

Jangan risau ye..  the only thing org tu nampak mcm TAk rindu kite, sbb;
1) Dia ego.
2) Dia dah ade org lain and taknak parahkan keadaan.


Jadi, ya, saya ulang...  Jangan bersedih..  Orang yg kita tengah rindu, mmg sedang merindui kita juga.  Tak percaya sudah.

Friday, August 10, 2012

Negatip




Kau ingat kalau aku cantik mcm fasha sandha, aku nak negative mcm ni??




Thursday, August 9, 2012

Datang Bulan (tulis tanpa halangan)

Perempuan akan period sekali sebulan..

Sebelum keluarnya darah haid itu,
(selalunya 2-5 hari sebelum period)
Perempuan akan mengalami depresi dan kemurungan yang melampau...
Mcm saya, saya akan menangis tanpa henti.... menangis, dan menangis...
tanpa sebab....
Semua saya anggap malang...  negative.......
Mcm kawan saya, dia akan marah. Semua benda rasa nak marah. Sampok......
Ada pelbagai perubahan perasaan yang sgt ketara dialami oleh gadis2 seluruh dunia bila mereka nak dtg bulan...

Sebagai teman lelaki atau suami, disarankan agar tulis dalam diary - alert bila dia akan dtg bulan...
Misalannya, las month si dia period 10th April, kemungkinan besar, dalam range tarikh 5-9th May, dia akan mengamuk, sampuk, sedih, berasa celaka, lonely, trauma dll...
Kena bersedia..

Nasihat saya;

UNTUK SEMASA PMS (pms bukannye masa period je, kebanyakan gadis mengalami PMS sebelum dtg period..  which is waktu danger yg diexplain takdi)
1) Jgn la bila dah tau dia period... pergi cakap "Ni mesti period..."  FAIL!  layannnn je ape dia merapu tu...  serious layan...  Jgn ignore sampai dia reda sbb waktu itu lah yg dia paling perlukan teman lelaki...  (serious)
2) Bila nak dekat-dekat tarikh danger tu, belikan la dia chocolate seketul ke, aiskrim ke...
3) Jangan sesekali tak ada or tak available semasa dia mintak perhatian time2 danger ni...
4) Jangan marah dia makan byk masa time2 ni...  biasanya dia akan makan dua kali ganda byk dari hari biasa...  hahahaha

Ingat! MASA TENGAH PERIOD
1) Perempuan datang bulan tokleh sejuk-sejuk... Kalau kena kipas direct, aircond,  sakit .. . ...
2) Buat air panas paling mujarab dan buatkan dia diam...  hahahaha
3) Jangan biasakan ambil panadol pink tu..  Kalau risau sgt perempuan tu sakit..., tuamkan dengan tapak tangan pun boleh.. Tapak tangan lelaki biasanya lebih panas...
4) Banyakkan minum soya.. Air gas , coolblog, sejuk suma dilarang. Tettttt larangannnn
5) Kalau perempuan tu dah berguling-guling , pucat sbb sakit angat, tutup kipas sume, selimutkan dia, urut2 peha dia, cepat2 suruh dia minum air panas mcm horlicks ke, Milo ke...  walaupun mujarab sekejap je, tapi at least can reduce the pain...


Nota kaki - Kalau anda rasa you can't handle your woman masa dia PMS, kena tabah...  sbb akhirnya kalau cari perempuan lain pun, perempuan lain juga akan mengalami PMS...  mana tahu lebih scary..
Yang pasti, ayat nasihat saya utk lelaki, hormatilah wanita pilihan anda seperti mana anda menghormati mama anda sendiri kerana mama anda juga perempuan, yg menghadapi period...  :(

Wednesday, August 8, 2012

Demand

Okay,
Nowadays,
- Susah nak cari anak dara...
- Susah jugak nak cari lelaki yg tak merokok...

Jadi al kisahnya, boleh ke si anak dara demand lelaki yg tidak merokok?
Jadi al kisahnya, boleh ke lelaki yg tak merokok demand anak dara...?

hehehehehehhehe

Tuesday, August 7, 2012

Tak bersyukur vs. Fakta

Meh teacher ajar bezakan;

1) "Muka aku burukla...  Sedih..."  <-- Tak bersyukur.
    "Takyah cakap aku lawa boleh, aku tau la nak judge ape yg aku lihat kat cermin"   <-- Fakta di otak dia.

2) "Kan best kalau hidung aku mcm nicole kidman..."  <-- Tak bersyukur.
    "Lah, dah hidung aku mcm ni, ade pulak laki-laki nak pandang aku"   <-- Fakta.

3) "Nak bf engineer.... Bf aku skrg, teddy bear pon tak mampu nak belikan....."   <-- Tak bersyukur, tunggu kene lempang.
    "Bf aku kan takde duik.., so takde la teddy bear utk aku..."   <-- Fakta dari si penyabar.

Nyatakanlah berapa byk pon fakta yg hanpa nak nyatakan...
Yang pasti, jgn berbau ungrateful...




Nota kaki - Wahai perempuan yg dilahirkan berwajah hodoh, pupuklah nilai-nilai murni memandangkan benda tu boleh encounter balik rupamu yg tak cukup manis...  maaf kasar bahasa..  Fakta .  ihihihi

Monday, August 6, 2012

Hujung minggu yang biasa.

Gadoh dengan kembar.
Tumbuk perut babah.
Cium mama.
Raba bontot acik.
Main CocoGirl ngan along.
Tonton tv ngan nasir ngan along.
Record doraemon.
Melayan ana yg dah nak kawin.
Ketawakan zarif.
Tido.
Sakat blue sea.
Usap julie.

(sambil menaip, sambil mendengar lagu Paolo Nutini berjudul "Simple Things")

Friday, August 3, 2012

Lilin ..

Lilin itu memberi cahaya kepada mereka...
lama kelamaan, lilin itu habis dimakan api...
Lilin tak boleh merungut..  Sebab tuhan cipta dia jadi lilin, menerangkan sebuah bilik..

Satu hari ingin sangat lilin itu ditiup angin, ataupun disimbah air...
Kerana sometimes, dia juga tak sanggup  merasa bahang api itu...
Tapi ...  dialah lilin... ...  ketinggiannya depends on tempoh dia menerangi bilik itu..
Kelihatan, lilin itu sudah pendek...

Thursday, August 2, 2012

Bunga layu di dalam pasu

Ini biasa.
A menggemari pokok bunga mawar itu..
Lantas dia pon membeli dan memilik mawar itu...

Pada minggu pertama, A menjaga bunga mawar itu dengan baik...
Dia memberi mawar itu cahaya matahari serta air secukupnya...

Hari makin hari, A semakin busy...
A sudah lupa utk memberi cahaya dan air pada mawar itu...
Apabila mawar itu hampir layu, A cepat-cepat menyiramnya...

Esok harinya, A free, A beri matahari pula....

Semakin hari, semakin selang dua hari, dan kemudian 3 hari...


Ianya berlanjutan sehingga 6 minggu...
Bunga mawar itu sudah menunjukkan kelayuan yang teramat...
Perasaan A sudah berubah...
Dia berkata "Bunga ni dah tak lawa.., tapi sayang.... "  So A biarrrrr je bunga tu dalam pasu ..  Dia tak sanggup nak buang...

Tanpa A sedar, dia was the one yg beli bunga tu..  Tapi dia tak jaga...
Jadi penutup ceritanya, mawar itu kelayuan tanpa diendahkan..  Ya, itulah mawar milik A.
Sekian.


Perkara ini biasa berlaku di kalangan manusia..

Manusia mmg mudah lupa. Take things for granted. Bila bunga tu dah layu, senangg je beli bunga baru...


Sedih..

Taktau la kenape..  Saya ni ade gaya sampah ke?
Ade gaye orang yg tak punya perasaan ke?

Haih.. . Sampai bile...


Wednesday, August 1, 2012

Respon

Okay, anda tengah makan ice cream sedap (sila nyatakan your favourite ice cream)...,

Skali jatuh... ... ...





Bayangkan respon anda.













Sekarang PILIH RESPON;

1) Cepat-cepat lari cari paip dan basuh, kemudian continue makan walaupun dah kecil dan sikit..

2) Nangis, dan buang..  :(

3) Buang dan down..., sedih sampai umah...

4) Buang dan beli baru, perisa sama..

5) Buang dan bengang.., bad mood , sampok..



Actually, dengan menjawab ini sahaja pun dah buleh tahu sifat anda menerima sesuatu situasi.., dan sekaligus buleh judge diri sendiri...

Ok, bye..

Tuesday, July 31, 2012

Cinton Jarak Jauh

Cinta jarak jauh...,
yang bunyinya macam gilaaa....,
ngeri.....,
dan menyanyat hati....

Sebenarnya,
Hanya perlukan kepercayaan...   Orang yg tak penyabar mana pun, kalau dia percaya pada pasangan dia, mmg boleh keep on rolling bebeh....

Hic hic...

Sunday, July 29, 2012

Cabut Rumput

Semalam saya tolong Along & Nasir cabut lalang dan tumbuhan lain di rumah baru mereka...
Hendak tanam rumput baru...
Sambil cabut, saya terfikir, seronoknya dah ada rumah sendiri...
Gotong-royong bersama suami membersihkan rumah...
Itu adalah salah satu moment idaman saya...

Tapi apakan daya..  Saya taknak berkawin....
Nak cabut rumput  konon mak enon, cabut rambut sendiri je lah nampak gayenye...

Friday, July 27, 2012

Instagram

Saya dah ada Instagram...
I must tell...  Thats the best place to stalk people...  heheheheheh

I normally stalk pro skaters from US...  they uploaded funny & extreme pics..

Now, Facebook is for game, Twitter is for friends, and Instagram is for updating pics and stalking people..

Suggestion for stalking people in Instagram;
1) Dianadanielleb
2) lsurihani23
3) nozomioride
4) rileyhawk
5) tonyhawk - WAJIB
6) milesgizmo
7) catherine_o

Wednesday, July 25, 2012

Jalan atas titi...

Itu lah yang berlaku pada saya almost everyday..
Berjalan atas titi...


No one knows what it's like... hehehhehe

Tuesday, July 24, 2012

Habuk

Kenapa tuhan cipta habuk....?

Untuk membezakan orang yang rajin dan orang yang malas.

Datang la rumah sapa-sapa..., tengok rumah dia berhabuk atau tak...
Ya, sila sambung sendiri...

Friday, July 20, 2012

Binder Drain-Down Test (penulisan berbentuk diari)

Hari ini hari Jumaat...
Tan kata dia ade exam malam nanti... (ertinya dia takkan dtg lab harini)
hehehhehehe saya datang lab awal pagi...
Abang Firdaus suruh jaga lab sbb dia nak pergi somewhere else...
Saya buat test sorang2 dekat lab...
Saya goreng sorang2...
Kuali milik saya...
Oven milik saya....
Mahh hahahaha  Sambil buat test, sambil tunggu bitumen cair, saya pasang lagu saya...
Taktau nak cakap mcm mane heavon nye tu...
Harini berjaya buat 8 sample...  tidak seperti hari2 lain, hanya mampu buat 5 sample sehari...
Terima kasih Tan kerana tidak dtg lab...
Terima kasih Ong kerana tidak menggoreng harini...

Kepada yang maha esa..., terima kasih...
Saya berasa seperti superheroin hari ini..
InsyaAllah sempat habis sume test sebelum draft thesis...

Thursday, July 19, 2012

Give & Take

Saya beri, dia ambil.

Itulah term Give & Take.

Tuesday, July 17, 2012

:)

hic hic hic....

:)




:)

4 calls in a day....  Mcm tu la baru betul.......

Ego...

Ego.....  Ego....
Baik pergi Sogo aa...

Friday, July 13, 2012

Kesan Kopi kepada Kalsium

Saya dengar di BFM itu hari. Ada seorang mamat tauke ekspresso ditemuramah..
Kata mamat itu, (tak ingat nama), ya benar, jika minum satu cawan kopi, akan menghapuskan15mg Kalsium di badan kita. Dia sarankan, kaki kopi suma ambil supplement untuk menambah Kalsium dalam badan..

Wednesday, July 11, 2012

perempuan itu kuat

Ye, nak tak nak...,
perempuan yg lemah, mmg akan jadi kuat ....
Dari segi mental dan daya tahan fizikal...

Nak taknak, perempuan yg tak kuat, kena jugak handle period pain yang sakitnya tak boleh nak cakap....
Lahirkan baby .. yang amat mengerikan...
Nak tak nak.., tak leh nak lari....

Perempuan secara semula jadinya, mmg akan menguatkan diri, tahun demi tahun...
:((

Monday, July 9, 2012

Menunggu berita dari bekas kekasih

Buka fb hanya untuk cek ada ke tak msg dari si dia...
Berdebar menunggu keputusan...
Tak sabar.
Tak sabar nak membuktikan yang saya serious pada si Pelari-Dari-Masalah a.k.a. Jerk Guy.
Saya serious benar.

I even pray for this man....

Sunday, July 8, 2012

Hilang

Saya tidur awal harini... Ingat nak mimpi best...
Tapi tiada mimpi...  Kosong....  Itu biasa...
Saya kini mudah lupa...
Mudah lupa rupa dia...

Taktaula sebenarnya saya hilang dari dia,
atau dia hilang dari saya....

Saya harap saya tak menyesal,
dan dia pon tak menyesal...

Friday, July 6, 2012

Dua orang lelaki yang tidak bertanggungjawab

Ini bukan fitnah. Ini betul.
Selepas menggoreng batu dan bitumen, mereka tidak membasuh semua apparatus..  Jadi, orang yang nak menggunakannya pada kemudian hari, suffer, mcm saya...  Kena basuh ngan diesel, basuh ngan sabun, kemas lantai, buang sample..  TAK PAHAM...

Tolonglah pakai otak.
Dah bukak tong bitumen tu, TUTUP BALIK!  nanti habuk masuk, sape yg nak scrap lapisan habuk tu? ??
Dah goreng, BUANG DAN LICINKAN segala bende dalam kuali, BASUH kuali...
memang la kau nak pakai everyday, tapi harini kau tak pakai, so, kau ingat takde orang lain pakai lab tu?

Haihhhh masa habis sbb menerima perangai dua ekor ni je...  >:(

Cerita Seronok Saya Semasa Belajar AutoCAD Civil 3D

Ok. Since dulu saya buat intern di Technip dan Petronas, saya tahu menggunakan AutoCAD.., dengan hebatnye.

Kini, saya sedang mempelajari AutoCAD Civil 3D sempena subjek Integrated Design Project. Ianya ialah subjek capstone, di mana kita aplikasikan alam pekerjaan sebenar ke dalam projek kite.

Satu hari, saya sedang melukis jalan raya (menggunakan software ni la),
di sebelah saya ada Tan dan Dil.
Semasa khusyuk buat (setelah selesai belajar membuat grading dan cut and fill Chong ajar) highway utk Tan,
datang la budak Arab ni... Sharaff namanya...  Dalam class dia genius..  Tapi, pakai software2 ni dia tokleh..
Jadi, dengan senyumnye saya menaip ni,
dia bertanya kepada saya,
"Do you manage to draw your plot on the surface?"
Otak saya tros generate, "alamak, kalau nak kata Dr. Fathoni bagi kitorang surface yg dah digenerate, mampus Ir. Zakaria marah Dr. Fathoni (hahah even saya tulis ni kat blog pon dah merbahayakan Dr. Fathoni).. ."  Jadi dengan lantasnya, saya mengajar Sharaff (baru dpt idea turunkan scale sebanyak 0.001 on the spot) buat surface tu...  Kemudian saya sambung buat highway.....
And then Dil bercakap sambil kemam mulut...,
"Fi, budak Arab ni mcm...nak tanya kau lagi...tapi dia taknak kacau kau kot...  sumpah dari tadi dia pandang ngan mulut ternganga,,,, "

LOL kejap..

Astu saya toleh, dia dah off laptop..

?

blurr.....

Saya tanya, "So, did you manage to generate the surface?"
Tros dia "ah, khalas, khalas...  Zenkiu zenkiu.." Sambil senyum buat muke sweet..

Ok, tepat kul 4pm, saya dah siapkan highway Tan, kami balik....


Malam tu Ainul call... nak dtg rumah, suruh tunjuk cara buat highway...

Sampai je Ainul..,
dia tanya, "Fi, takdi ada foreigner cari Fifi tak kat lab?"

hahahhahahahaha  tros Dil jawabkan ada..

Ainul cerita, rupanya, si Ashraff tu duk jaja nama saya,
Rafiah used the AutoCAD like thunder. Lawokkkkkkkkkkkk
tapi benda tu btol2 made my dayyy.....
Actually masa ajar Shraff kecil kan scale tu, saya pon tak sure buleh ke generate .....
hahahhahahaha nasib btol...

Dengan adanya AutoCAD Civil 3D kat pc saya ni..., haaa saya nak design umah sendiri nanti....  Yahoo tak sabarrr..

Oh ya, sape2 nak mintak saya ajar (AutoCAD or Esteem) saye leh ajarkan...

Tuesday, July 3, 2012

Selamat Harijadi Mawar

eeyeay!
Tak sangka facebook yang didifilter ni pun masih ramai yang wish birthday...
Kirenya ramai jugak la orang yang ingat pada saya..  Teman2 lama semua lagi hebat, wish kat hp..  Tak sangka betul...  Alhamdulillah saya tidak keseorangan...

Habis je celebrate (makan besar kat kedai Thailand KLCC, amboi sedap mak ai)
..., balik UNITEN.., tros sambung jadi pekerja buruh.. sadd.... . .

Thursday, June 28, 2012

Better

Adalah lebih baik saya tak berkawin,
daripada saya fikir negatif spjg hayat.

Hati tak tenang, sakit jantung,
bila ditanya kena marah, kena ignore.

Tolongla jgn masuk melamar saya sbb saya takkan ready sampai mampus pun.

Tuesday, June 26, 2012

Dia yang masih belum sedar

Kalau anda rasa-rasa anda seorang yang sundal (dah putuskan tunang orang, buat orang clash, porak-perandakan orang yg dah kawin), TOLONGLAH jangan mengepost bende2 yang lawak ketiak aku nak baca, contohnya;
"Laki-laki zaman sekarang ni susah nak dipercayai, tsk, tsk".
"Takpelah, berserah aje lah kepada tuhan yang maha esa".

Saya boleh terimaaaaaaaa sangat awak berubah, amik jalan yang baik.., saya even doakan Allah beri hidayah kepada awak... Tapi please, hentikan la perbuatan zalim dan kejam itu baru leh cerita ttg kuasa Allah..
Tuhan maha ADIL kau taktau pulak. Aiyo....
(kan dah mcm azwan ali dah aku type ni)

Sunday, June 24, 2012

Balas baik.

Buat baik dibalas baik.

Ada juga yang berkata;
"Buat kerja tak ikhlas la tu, nak mengharapkan balasan."

Tanpa mereka sedar, kita hidup, mmg utk dibalas.
Kita melakukan kebajikan, semuanya untuk mendapat keredhaan Allah.
Itu ertinya , buat baik, hendakkan balasan yang baik.

Please people jgn confuse dan mempersoalkan niat manusia.

OAG di UNITENGUA

Kenapa asik tukar member.Kenape asik nyanyi lagu sama. Kenapa? Kenapa?
Saya hadir dengan harapan untuk mejadi muda semula, tetapi...., sah saya mmg dah tak patut pergi ke tmpt2 mcm tu... Too many hipsters, posers, aiyo....  Die....

Friday, June 22, 2012

Oh No!

Hoi. Semalam-semalam saya tak makan. Saya hanya makan tosai pada malam itu.
Hoi. Semalam saya tak makan. Saya hanya makan 6 keping cookies Famous Amos.

Hoi.
Hoi.
Pagi tadi, saya muntah jus perut. Warna hijau.
2 kali.

Kemudian beron air.

:(

Taktau pulak mcm ni effect dia...
Sebusy mana pon, kena makan lah....   :(

Cha kata tu tanda-tanda nak gastrik..  Akot......
:(

Thursday, June 21, 2012

Syarat-syarat berkareoke lebih dari 2 orang.

Kebanyakan manusia tak ske nak marah2 orang..  Jadi sebelum berkareoke, pastikan anda dan rakan-rakan  sudah buat deal utk;
1) Tentukan bajet terlebih dahulu.
2) Tentukan brape jam.
3) Pilih lagu sorang selang2.  bukan, sorang tekan 4-6 title sekaligus.

Tuesday, June 19, 2012

Hey Perempuan, saya nak share nasihat

Tak kisahla kau dah beri apa pada laki tu,
dah berkorban mcm2 utk laki tu,
dah habis duik sume...,

laki tu akan buleh berubah fikiran jika;
1) Dia makin kaya / senang drpd dulu,
2) Ada perempuan yg lagi lawa/kaya/best/kiut/sexy nak kat dia,
3) Dekat tmpt kerja, orang ramai memuja dia / dia naik pangkat.

Ya. Perasaan lelaki pada kita boleh berubah. So don't dream.
Don't dream. Just be strong.

Communication Breakdown

No SMS.
No Email.
Missed calls.

This is so sweet. I can't wait to leave. Seriously.

Monday, June 11, 2012

Percaya dengan Tak Percaya.

Its not like saya nak sangat jadi paranoid.
Masa alahnya semua tanda-tanda yang kau tunjuk kan tu ...,
memang meragu-ragukan...

Penat nak berpura-pura okay. Sorry la saya bukan jenis yang obses, freak kat laki2,
work things out, pujuk rayu, nanges mcm org bodoh...
So kalau dah saya rasa laki tu bukan saya punya, saya blah je...
Its never a problem for me to be an andartu.

Saya mmg tokleh percaya pada lelaki. Sangat susah...
Dulu bf kawan saya sendiri pernah nak ngorat saya. (Tiga yea, bukan sorang)
Orang gile mane punye bakal suami pon.
Enjoy kah aku?
Tettttt...  Not really.....
Sebaliknya, lebih menambahkan paranoid saya kerana saya tahu semua pakwe kawan2 saya tu setia,
tapi buleh lagi nak ngorat orang lain...  What The Earth man......
Scary world...

Saya tak kisah kalau laki saya nak contact with any girl. I seriously dont mind.
But the way he wants to cover it drpd saya yang buat saya pissed off gile..
Heylo. Saya pun ada msg dgn laki2 lain la...  Takde la pulak nak sorok2 hp, poyo2 taknak bagi orang lain pegang...  Please.

Yang pasti, saya takkan main sauk je utk kawin dgn mane2 laki yang tak patut...

Tips utk tahu yg kite ni takde dalam hati laki tu;
1) Dia tak bagi kite pegang hp dia.
2) Dia cederakan kite.
3) Dia tak bawak lepak ngan family dia.
4) Most of the time, kite yang msg dia dulu.

Okay, kalau ade at least satu lah drpd 4 kat atas ni..., blah.. berambus dari laki tu weyyy!!

Thursday, June 7, 2012

Futsal

Dah..... Maen futsal pulok...
Saya baru main futsal 3 kali seumur hidup.. Saya ingat saya kaki bangku...
Tapi tadi masa training ngan kawan2 (untuk Sabtu ni ada pertandingan futsal anjuran IEM), 
titiba saya sorang je dok meng goal kan bola.. sampai 4 goal pulak tu.. bahahahha syok btol jadi athlete rowing..  maen sukan lain dah tak rasa penat langsung dah...

Baru 1st time nak bertanding futsal..  Satu je tips saya ada untuk orang yang berminat nak maen futsal ni...
Orang kata warm up..  Actually tu mmg basic la...
Tapi al-kisahnya,
kalau malas, sukan futsal/bola ni mmg tak sesuai untuk anda..

Dia berkait actually...
Once dah rajin kejar bola, pasti kita kena ada stamina yang cukup...  Sbb penumpuan terhadap bola sangat memerlukan tenaga..  Manusia bila dah penat/pancit/takda energy, mmg akan hilang daya tumpuan, sekaligus membuatkan orang berasa malas utk kejar bola...
Jadi, kena ada semangat juang, jangan malas serta anggota badan kena fit.

Memang normal tengok pasukan wanita futsal yang baru tendang bola meraban. Mmg normal.
Normal jugak tengok pasukan wanita futsal yang baru tak kejar bola, biar je bola pergi jauh.. Mmg normal..
Jadi tipsnye, anda tak perlu nak handal gile skillful gile utk jadi juara. Just jangan MALAS kejar bola.
Make sure fit dulu la.



Monday, June 4, 2012

Aha! Tayar tak cukup angin vs. terlebih angin

Ramai yang tak ambil peduli tentang tayar..
Dalam byk2 (antara; absorber, bentuk kereta, braking system, ketinggian kereta, wing, spoiler), angin tayar adalah yang paling besar memberi effect kepada duik minyak.
Ya. Saya berani beri anda teori ini kerana saya telah cuba sendiri...

Tayar Yang Tak Cukup Angin akan menyentuh permukaan jalan dengan lebar sekali.
Memang lebih stabil, dan selamat..
Tetapi, lebih byk permukaan yang terkena pada jalan, lebih byk friction. Geseran ini akan menyebabkan kita pakai byk minyak. Byk sangat. Ketara sangat.














Manakala Tayar Yang Terlebih Angin pula akan menyentuh permukaan jalan dengan sedikit. Mudah sahaja untuk kona kanan dan kona kiri kerana sikit shj permukaan yang bersentuhan dgn jalan. Maka minyak juga akan digunakan dengan sedikit. Akan tetapi, terlebih angin dalam tayar akan menyebabkan 'loss control' kerana sedikit shj terlanggar potholes (lubang) akan merosakkan tayar, sekaligus, MELETUP!

Jadi, isi lah tayar cukup2 angin shj..  mengikut PSI yang tertera di pintu pemandu..

Untuk mengetahui matlumat yang lebih lanjut dalam menaikkan skill driving anda serta memecut laju dgn selamat, layarilah laman web : http://www.rbevins.com/BRR/ILMS_Setup_Guide/Setup_Guide.html

Sunday, June 3, 2012

Saturday, June 2, 2012

Di Sebalik Kepujian Dekan

bahahahahahah

Ya...  Saya dapat kepujian dekan last semester, iaitu sem yang busy dengan olahraga dan rowing.
Hahahahaha. Seronok tak terhingga..
Saya gembira sangat hingga terlupa nak bgtau babah.
Skali dia call cakap masukkan duik belanja, lebih sikit..  Hic hic...
Rupenye mama dah bgtau dia..


Dapat juga saya membuat parents saya tersenyum di hati...
Alhamdulillah...

Actually bukan nak post tentang pencapaian saya sangat..  Tapi nak cerita di sebalik pencapaian itu..

Start dari bulan 12 tahun lepas, iaitu 31 dec 2011, saya sudah memakai tudung. Pada masa itu juga saya sudah  mula mendoakan kejayaan untuk kawan2 saya sekali dalam pendidikan.. Sebelum ini saya hanya berdoa ttg kesihatan sahaja, tetapi sudah tambah sedikit..
Actually bukan nak tunjuk ape yang saya doakan pada tuhan dan blagak baik.., just nak tunjuk pada suma orang yang mmg tiada keburukan utk mendoakan untuk kejayaan bersama..
Sumpah.
Ini mcm terbukti sangat.
Tak perlu berasa iri hati.
Hati kena rileks.
Tolong sesama kawan.
Kerana mmg ada tuhan cipta golongan yang tak dianugerahkan kesenangan,
Kebijaksanaan..

Adalah scary utk berasa gembire dgn kejatuhan orang lain...
Jauh kan la diri dari perasaan mcm tu...
Mmg hati kite tak dibedah dan dibasuh dgn air zam-zam.., tapi kite buleh elak dgn sentiasa bersikap humble... Tanamkan dalam hati bahawa semua kehebatan yang ada pada diri kite (rupa, paras, duik, pangkat, kecerahan kulit) sume tu adalah milik Allah..
Jangan sesekali mula riak..  Kalau hati rasa mcm nak bangga bila dtg nya sesuatu, cepat2 cakap "Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah".
Mawar tulis ni sebenarnye untuk mengingati diri sendiri jugak...
Solat kena jaga. Kebersihan kena jaga. Perasaan kawan-kawan kena jaga. Ingat yang ibu itu syurga kita. Makan, minum & tidur kena jaga.

Ingat. Tuhan sentiasa mendengar. Always.
Its okay kalau waktu susah je kau ingat tuhan..  Asalkan ingat...

Wednesday, May 30, 2012

Jerang Air

Tak ramai yang tahu adalah merbahaya untuk minum air paip yang dijerang DUA kali.
Dalam kata lain, teko kite tu masih ade air masak, cuma dah sejuk.., then dgn malasnya, kite 'switch on' je.
Meaning, re-boil.

Secara saintifiknya, perbuatan ini sangat merbahaya. Bukan dari segi elektrik, tetapi bahaya dari segi kesihatan.
Air dijerang adalah bertujuan untuk membunuh kuman2 yang ada.
Malangnya, Arsenik dan Nitrat bukan microorganisma. Ia akan menjadi dua kali ganda jumlah asal apabila dimasak dua kali. Walaupun dua benda ini hanya ditemui di kwsn kampung shj (dimana tiada sistem pantauan disana), kita harus berhati-hati memandangkan kandungan Arsenik dan Nitrat yang sedikit shj pun sudah boleh menjadi agen cancer dan racun.

Jadi, janganlah terlalu jimatkan air kerana 1L air ialah RM0.0005 di Malaysia.
Kalau malas sangat, nak tekan je jugak.. , takyah masak air terus. Takyah. Gi bunuh diri.

Tuesday, May 29, 2012

The Guy

Saya masih bersama dengan lelaki yang sama, sudah 3 tahun 7 bulan.
Ramai orang ingat, lagi byk pasangan itu gadoh, lagi longgar hubungan mereka..
Tapi tidak pada kami...  Maybe sudah terlampau tua utk buat prangai, demand itu ini, nanges mcm org gila..
Pergadohan tu dah umpama, puting beliung yg dah di agak akan tiba di Hiroshima, dan preparation dah dibuat.
Puting beliung ini mmg dapat musnah kan segalanya, tapi ade proses rehabilitation dan research.
Ya , proses2 selepas itu lah yang menjadikan sesebuah negara itu lebih kuat dalam menghadapi puting beliung.

Saya dah tahu sangat saya suka lelaki yang mcm mane.
Yang taknak jumpa selalu, yang tak selalu call, yang kuat makan, yang bersih, yang cerdas dan kuat.

Dan itu suma ada pada this guy, yang tak pernah give up...
Adoi, susah nak handle orang yang ade penyakit bipolar ni..  Kesian pada dia...

Dia taktau pun saya suka dia. I miss him, a lot. 

Balas Dendam

Seperti yang sedia maklum...
Balas dendam ialah perbuatan yang membuat sesuatu atas dasar; ingin mengajar, menuntut keadilan dan memuaskan hati sendiri - semua itu dengan hati yang penuh kebencian.

Tanpa manusia sedar, balas dendam ialah perbuatan yang sama dengan perbuatan yang kita tak suke.
Contohnya;
1) Aminah seorang yang berduit. Dia seorang yang baik hati. Tetapi Aminah seorang yang becok. Ada aja yang dia hendak cakapkan.. Dia mempunyai kereta di kolejnya. Aminah mempunyai seorang kawan. yang selalu bersama dia. Kawan Aminah bernama Balkish. Aminah selalu membawa Balkish makan, minum dan bawa ke mana shj Balkish hendak berada. Namun, Balkish seorang yang tidak menyedari untung. Balkish sentiasa melupakan Aminah apabila teman lelakinya datang ke kolej. Balkish even menyatakan kebenciannya terhadap Aminah di laman sesawang. Katanya "Orang becok mmg menjelikkan!" Jadi, Aminah pon tertanya-tanya;
"Aku ke yang Balkish maksudkan? Aku ke si becok tu???"
"Balkish ni menggunakan aku ke?"
"Balkish ni buat baik ngan aku bila takde bf dia je ke?"
Dengan fikiran negatif yang sebegitu,
hati Aminah dipenuhi dengan benci. Seolah-olah, diselaputi lapisan hitam yang tidak ada sebelum ini.

Lantas, Aminah membuat keputusan, untuk tidak menolong Balkish lagi.
Dia siap menyatakan di laman sesawang "Kau tak payah la nak mengutuk orang sedangkan kau tu menumpang je".

Perbuatan Aminah ini sebenarnye membalas dendam. Semasa berbuat yang demikian, Aminah tidak berfikir dengan baik. Slaput hitam di hati nya membuatkan dia menaip dengan laju dan bengis di laman sesawang.

Setitik shj ayat Aminah ini, actually telah membuatkan Aminah SAMA sahaja dengan orang yang dia baru benci. Iaitu Balkish. Kini, Aminah sudah tidak boleh memegang gelaran 'Si Pemurah'.


Jadi, apa yang kita nampak? Membuat sesuatu yang org lain pernah yang menyakiti hati kita,
akan membuatkan diri kita dibenci kita sendiri.

Sebelum berbalas dendam, fikirlah dahulu, kita nak ke jadi mcm orang tu?
Perangai yang buruk, dialu-alukan utk dihina. Tetapi bukan dialu-alukan utk diikuti...
Jadi, bersabarlah...  Hari esok tuhan akan membalas..  Kite rileks2 je, biar je orang nak buat apa.. Selagi boleh tolong orang, kite tolong. Selagi boleh telan gossip maut, kite telan. Just jangan ikut langkah orang yang kite benci.

Saturday, May 26, 2012

LOL

LOL ialah singkatan untuk Laugh Out Loud.
Ianya membawa erti sebuah perbuatan yang sedang ketawa...

Cadangan penggunaan ialah apabila kite sedang membaca msg,
dan tergelak mcm org gila tetapi tidak sempat utk menaipnye.....
Jadi setelah berhenti ketawa, semasa menaip, sudah tidak ketawa. Jadi replace shj LOL di awal mesej.

Jika sempat menaip sambil ketawa terbahak, boleh la continue dengan ayat "hahahahahahah!".
LOL hanyalah digunakan semasa menaip.
Barangsiapa yang menyuarakan kegelian perutnya dgn menyebut "LOL" dalam real life, mmg TOLOL.

Thursday, May 24, 2012

Branak back 2 back

Semalam, titiba kami menemui dua ekor anak kucing comel gebu di luar...  (Setelah kehilangan adik bradik naughty dan mak bapaknya after kematian anak Cutie)
Rupa-rupanya anak-anak comel itu milik Luar...  Tu la pelik titibe perut luar kempis..  tapi takde brite..  nampak gayenye, mcm dah lebih 3minggu anak kucing tu..
Tak sampai sehari kami menemui anak Luar, sambil tonton Korean drama, ada bunyi anak kucing bawah tangga...  What.....  Bloom2 dah branak pulok...
Blue-Sea macam tengah cari tmpt branak..  Aiyo...
Sepuluh hilang, sepuluh mari ka..  hahahahhaha...
Yang peliknya, rumah ni tak pernah berpeluang nak ada kucing jantan...  Kalau ada, pasti lari, kena halau dek kucing gangsta, or accident..  Tak faham...  mungkin bila babah dah habis kerja sbg org tua, menetap di Ampang, baru ada peluang kucing jantan kekal disini.. hihihihi

*Berilah layanan yang baik kepada semua kehidupan kerana mereka sebenarnye punca rezeki kita..
:)

Monday, May 21, 2012

Rindu tu dah sampai 94%

Hadoi.....
Bila Syafiq call, sakit jantung.....
Tapi bila dah on the line......
Terdiam...  What the  la kau ni Fie...
Loserrrr....

Saturday, May 19, 2012

Mania!


Astaghfirullah ha'azim....
Sakit jantung dengar dorang jerit2..
Tak chaye M. Nasir dan Ahmad Dhani nak join rancangan ni... (Mania! di channel ape ntah..)
Sumpah leh demam dengar sampai habis rancangan ni.....
GILAAA..
Mama marah btol saya tukar rancangan...  pelik mcm mane dia kate dia dengar walaupun tido...
Nak marah tapi.., maen je la game kat Facebook ni..., sambil sakit tlinge..
:((

Friday, May 18, 2012

Penyakit FB.

Baru-baru ini, saya menjalankan operasi delete orang habis-habisan.
Di Facebook itu lah. Yang account Rafiah Darah sudah lama berkubur kerana 70% orang dalam tu wajar di'delete', jadi tanpa meletihkan jari utk men'delete' 70% itu, saya pun buat account baru dan batalkan yang lama.
Crita di account Mawar ini lah yang menjadi isunya..
Taktau apa fungsinya meng'add' orang pastu tak bertegur sapa.
O, kau dah jumpa aku di satu event, walaupun kau tak borak dgn aku pada event tu..,
balik tu kau 'add' aku.
Ini bukan kes kerek,
ini kes tak perlu.
Kalau btol2 mendalami erti 'tak perlu' tu,
mungkin paham...

Tak payah nak melayan orang2 kat fb tu sgt.. Bukannya betul pun.
Ye ye je post status every hour, real life,
emo, gothic, jeling-juling.
Tutup laptop kau tu, get a life la...

Kenapa saya approve mereka in the first place?
1) Kerana profile misteri bodoh, dan nama mcm familiar.
Jadi saya approve utk cekidout whotheheav yg menge'add' tu.
2) Kerana ingatkan dia segan utk bertegur di dunia sebenar, jadi mungkin dia akan bertegur sapa dengan saya di alam maya... tup tup.., "hai" pon takdak.. . .. . yenna... .. ?  . yenna .. . ?  mau mati ka?
3) Kenalan belasan tahun yang saya approve dahulu untuk berkongsi brg dalam game di Facebook, di mana adik-adik itu semua sudah meneruskan hidup sebagai pelajar yang akan menduduki SPM, jadi, 'tak perlu' dah saya mengisi jumlah 'friend' dalam list. Ketiadaan saya mmg sah takkan disedari mereka. Jadi 'no hal'.
4) Majoriti, lelaki yang saya delete.. Kenapa saya approve in the first place? Kerana ada persamaan musik, kerana ada baaanyak 'mutual friends', kerana mcm kenal dll.  Saya delete sbb mmg 'no purpose'. Again, 'tak perlu'
Kini saya realise, 'tak perlu' nak berkawan kat Facebook kalau kau tak paham erti kawan.
Gila. Banyak orang gila dunia sekarang ni. Ntah apa yang nak dikejarkan ntah.. Rileks2 dah la..  Takyah nak please everyone sgt lah...  Sumpah, orang2 ni blakon je..  Alam maya la katakan.

Seeloknya, focus la pada Twitter, di mana kita hanya approve orang yang PERLU shj dalam mengetahui gossip2 harian kita....
Facebook tu, jadikan je lah ruang utk mengupload gambar sebagai backup sekiranya laptop kena serang virus..

Thursday, May 17, 2012

Kulit gelap


Sudah sebulan saya berehat dari training rowing...
Tetapi.., kulit saya masih gelap...
Semalam Anne tegur, "kenapa kulit kau tak putih2 dan naik jerawat bah?"
Sedih, dalam hati..
Tapi Anne mmg bicara benda yang btol...

Saya runsing..
Saya juga tak cuba produk2 pemutihan ni...
Runsing bah...

Haritu balik Penang, itu kira, 1st balik Penang saya pakai tudung...
Babah kata, "Semenjak kau pakai tudung ni, muka kau berbelang, mcm pakai mask"
Aduh, sedih dalam hati lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Ada degree engineering tapi nak jadi cikgu?


Ya itu lah matlamat saya...
Saya sangat mementingkan masa untuk mengemas.
Saya sudah tengok lifestyle org2 yg obses berkeja...
Anak terabai, suami dan isteri buat hal masing2..

Jadi mengapa in the 1st place saya ambil degree?

Ianya hanyala untuk backup..  plan B yang buleh membantu saya jika;
1) Suami meninggal,
2) Suami blah
dan etc..

Saya sudah lihat lifetsyle makcik saya sbg seorang cikgu displin di sekolah menengah..
Dia tak busy.
Dia balik, masak. Siap masak nasi lemak EVERY WEEKDAYS utk dibawa jual (dan tak pernah tak laku)
actually dia lah the one yg inspired saya sangat2...
Saya takot passion saya sebagai tukang masak hilang setelah berkeja dalam industri oil & gas.
Mama masih tidak tahu niat saya ini... Kerana saya ada peluang yg sgt besar utk bekeja dalam bidang2 tersebut...  Suspen btol la hidup sbg anak.
:(

Tuesday, May 15, 2012

Birthday si Yummy


Harini birthday si Yummy..  Tapi dia di tengah laut....
aduh..... .. . . .  Taktau kesian saya ke, kesian dia....

:(

Thursday, May 10, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Kisah yang terselindung (Tentang Keyakinan)

Hari2 pakai smart tag.
wwWahh...  confident btol saya pakai smart tag....  tros masuk ke lane Smart Tag (yg berwarna kuning).

Ops. Rosak....
Habis bateri kot...
(masukkan bateri baru)

masih rosak...  taknak nyala...
:(

Auntie Yam kawan mama ada anak electrical engineer.
Jadi, dia suruh anaknya cekidout..



Pagi tadi breakfast Subway , dengan Auntie Yam..
Dia pulangkan...  Dengan senyuman dia crita-criti ngan mama...,
"Oh, Laili kata ada one dot yg problem..  (inside)
so ni dah repair.."
Mama tanya, "Dah buleh pakai la maksudnye ni?"

"ha'ah, dah buleh.."

:)

Esok harinya, saya pegang Smart Tag berkenaan............... .. .
dan... . .. . tertanya-tanya....  adakah takkan stuck ....
takkan ada problem ke...?

buleh percaya ke...?

Tak pernah saya begitu tak confident bila dah ada Smart Tag...
Akhirnya, saya menjadi Loser, saya bayar tol pakai syiling..

Taktau bila nak try smart tag...

Suspen....




Monday, May 7, 2012

Tabung Denda Carut

Tabung ini sudah bermula minggu lepas.
Agak susah.  Satu hari shj dah didenda RM1.
Agaknya jika satu carut = RM1...
habis bankrap..

Thursday, May 3, 2012

Apa itu hati?

Sakit hati la.
(marah)

Pedihla hati ni.
(sedih)

Luka hati aku.
(kecewa)

Poyo padahal tah ape tah hati ni takde sape tau...
dah, hati, kau gi maen jauh-jauh. i dislike you. beban.

Sunday, April 29, 2012

Whats the point

Apa point nya,
ajak orang beramai-ramai tonton movie,
kemudian buat perangai last minute?

"takpelah, korang gi je."

ape?

comel, comel...

Thursday, April 26, 2012

The end of Yenna

Baru semalam saya post pasal Yenna...
harini, genap 6 hari dia bersama kami, dia pergi meninggalkan kami...

Jantung jatuh bila saya bgn nak suapkan dia serunding (yg dah dibasuh),
dia lgsg tak menyahut...
Selalunya, bila saya panggil "Yennaa...~"
dia akan tweet2 menggila kelaparan....

Kalini tiada lagi....

sedih....

rindu sgt nak denga suara ia....

:(

i spent 40% of my time just to take care of Yenna...
but why la...
why.....

Wednesday, April 25, 2012

Yenna

Kini saya membela anak burung. nama betul dia Anak.  nama timangan dia Yenna..
Kami menjumpai Yenna pada suatu hari yg ribut...
angin bertiup kencang.. Yenna masih tidak berbulu..  badannya melekit.  barangkali terjatuh semasa angin bertiup kencang..  nampak Yenna struggle utk terbalikkan badan dia.. kasihan..
Kami temui Yenna pada hari Sabtu lepas.

Kini sudah 5 hari kami menjaga Yenna..  bulu dia mula tumbuh..  tongkeng dia sudah mula muncul..  kepak dia pon sudah mula panjang..

Yenna sangat manja..
Dia tak suke sejuk...  bile hembus nafas panas, nanti dia goyang2 badan, mcm enjoy sgt...
Yenna kuat beron..
Saya bagi Yenna makan buah, oti, dan serunding yg dah dibasuh..
Yenna kuat makan. stiap 25minit, dia akan tweet2 minta makanan...
Walaupun busy, saya jaga Yenna dengan tekun..
Saya mungkin akan sedih untuk melepaskan Yenna..  tapi dia pasti menjadi seekor burung yg sihat dan bebas...
chayang Yenna cgt...

Monday, April 23, 2012

Boat Tub

Boat Tub ialah sebuah boat yg diperbuat drpd kayu. Berat sebuah boat 4+, mmg tak mampu diangkat oleh 5 orang lelaki.. (saya rasa sama berat dgn boat 8 yg dah dicompositekan)
Penggunaan boat tub utk training mmg sgt mencabar. Ianya umpama, maen ergomachine level 10. (serious)
Tapi ianya sangat bagus utk mepraktiskan teknik rowing yang betul.
Boat tub sangat stable.
Sangat luas ke tepi, maka takkan capsize. TAKKAN.



Dah lama tak rase tangan blister, kalini blister sbb pakai oar macon blade. Nanges....

Kami UNITEN team, join Putrajaya Rowing Club training hari Ahad tu..
Kena marah sbb dtg lewat (mmg UNITEN dari dulu buat rekod slalu dtg lambat)
Kalini coach Leong bagi plan best. Dia suruh turun every Sunday 7:30am setting boat, 7:45am tros row..
9:30am dah buleh balik..  Sbb dia kate matahari tghari sgt bahaya utk kulit...
I like him. His brain.

Ameer dengan baik hatinya volunteer utk jadi captain pasukan. Kerana buat sementara waktu, Kelab Rowing UNITEN bergerak membuta kerana president sedang Industrial Training. Nasib baik ada Ameer.

Coach Leong kata, jika kita dah biasa training pakai boat tub, kita akan rasa, boat composite tu, ringan mcm kapas after this..  mihihihih...
Lagi satu, after pakai boat tub,.... ,,  ..  hahahahahaha... . . Takyah basuh boat!  Tros masuk parking je....
hahahahhahah
Actually terlalu awal utk prepare sempena Varsity Boat Race (October) ni..  Tapi sumeorang excited, so, takde hal..  rm5 stiap minggu demi rowing, sangat berbaloi...  :)

Saturday, April 21, 2012

Siapalah saya di hati nya

takpelah. pengorbanan saya selama ini , mmg sia-sia...
kita tak boleh paksa orang suka pada kita.
kita tak boleh paksa orang taat pada kita.
yg dah berlaku, biarlah ia berlaku...

after this, bila dah ade someone special, make sure;
1) communication tokleh breakdown.
2) share everything.
3) tanya bila nak tanya.

Friday, April 20, 2012

Pergantian yang tidak berlainan

Penat la jadi seorang yg percaya pada Horoscope ni....
Saya ada byk ex.
2 diantaranya memegang nama yg sama, rupa yg hampir sama dan bintang yg sama.

Sekiranya saya membenci yang sebelum ni, tidak mungkin juga saya menyukai yg sama dengan dia tu... tapi buat sementara ni, yg sama dgn dia tu lah yg tengah approach semula.. Saya rasa hendak mempertimbangkannya kerana dia berumur sama dgn saya. bukan lebih muda.

Tapi perlu ke namanya sama.
Bintangnya sama.
Rupanya hampir sama.

Sakit lah hidup ni sebenarnya....

Sakit sangat

Tau tak lidah yg tajam mcm pedang pun takkan dapat tandingi si 'ignorant'...?
It's okay kalau kau mmg ignorant. Masalahnye, perempuan lain kau sibuk pulak nak amik tau pegi mane sume.. I don't get it. I just don't get it. You actually turned me into a monster. A paranoid one.

Rasa sakit ni tuhan je tahu...
Bila hati diperdaya.
Tolongla jauhkan saya dari mana-mana laki buat sementara ni.
I really hate men. So much.

Saya mengaku, dari dulu. Saya sebuah intan berlian yang berhatikan kaca.
Kerat lah jari saya,
kikislah kulit saya,
tiada apa yang lebih sakit dari hati dipermainkan mcm ni...

Sakit jantung.

Alhamdulillah mama dah cool ngan saya.
Dah boleh terima anak dia takkan kawin sampai bila-bila.
Mama is the coolest.
Taktau nak buat chane kalau dia takde...

Semoga saya dapat melupakan lelaki 'clubbing' itu dgn cepat.


Thursday, April 19, 2012

Eh, bukan marah, tapi kecewa.

Memang tak boleh nak buat apa.
I cannot help myself.
I hate him so much.

It's better to have an empty heart rather than filled it with hatred.
I hate him too much.

Only god knows. I do love him. But I really hate him.
Nvm.
4 years is nothing compared to spend the rest of my life with him.
This is what we call gone for good.
I do regret about this, but this is the best for me and him.

He didn't make me happy.
He's dull, boring and self-centered.
I cried a lot the moment he entered my life.
This is what happened when you leave your loved one for someone you think is better.
don't leave your loved one for someone else. Seriously.

Because you can never know, whether this new guy is suits for you or not..
Paras rupa, uang, horoscope tidak menjanjikan kebahagiaan...
Yang pastinya, pilihla lelaki yang terima anda seadanya.
Yang terima keadaan anda masa PMS.
Yang terima latar belakang keluarga anda seadanya.

I'm not going to look back... again.
Seriously.
I've had enough from that metro guy.
He wants a normal gf.
He expects that I have no problem in my life. And even if I have problems, do keep it to myself.

I seriously can't see whats the purpose of having a 'buah hati'.
Sigh.. This guy really makes me hate love lah. Why lah he has to act like rubbish..
You really make me don't trust in love lah brother...
You kill me now lah, since u ruined my faith in love.
You are not a lover la brother. You'r just a man that are really digging for money until u forgot who you really are. Please la. Respect la the people that have been there for you, help you in your time of need.

I hope not to see him again.
I hope a simple, fun, good-listener, loyal, sincere, kind, alim (not just hafal sribu ayat, tapi pakai shorts, sentuh2 perempuan), i mean, a real alim guy will enter my life. soon.
Amiiin....
Anyway, may he has a miserable life, since he got my life tripping madly up and down.
And plus. Rot in hell, if god will.
:)


Wednesday, April 18, 2012

oh my...

kurus... hitam.... my my my......

Tuesday, April 17, 2012

Rowing everyweek di Kelab Tasik

kata pakcik tu, RM5 seorang utk boat sweep.
tapi saya rase, kalau scull pun sama harga.

terlampau murah. taktau nape sebelum ni kitorang taktau...
minggu ni ade row boat lagi.. yahh hoo!

Nanti nak ajar Karina row. semoga dia bukan mcm Vinno, yg kuat melawan, degil, dan lemah.

ada ka wanita yg esok dah nak beraksi (row for the race) power takat 2:13 minit/500m je yg dia leh achieve? rasa nak lempang. orang lain sume dah tahap 1:41minit/500m.. tapi takpe. lesson learnt. jgn amik seseorang itu utk dijadikan crew dalam boat sekiranya;
1) Kuat melawan.
2) Tak reti baca direction. dia up all the way eventhough angin kuat belah stroke.
3) Lemah. (power tak dpt maintain 2:15 pon)
4) Pendek. (ketinggian bawah 150cm)
5) Manja. taknak hitam, taknak blister.
6) Malas training. (taknak turun tarik ergo tiap2 hari)
7) Berlagak pandai. Nak adjust boat sendiri masa row.

Please. Kami tak perlukan orang yg menjengkelkan dalam team rowing kami. ok?

Monday, April 16, 2012

Tanda-Tanda laki tu taknak kat kita.

ok, first and foremost. ini topik nasihat yg dalam keadaan emo.

kalau nak tau laki yang mcm mane yang TAK NAK kat kite sebenarnye , yang kat bawah ni;
1) Dia tekan minyak (accelerate) lepas anda turun dari kereta just nak tunjuk dia marah.
2) Dia tunjuk penumbuk kat muke anda.
3) Dia usha perempuan lain depan anda.
4) Bila anda berdiam sbb taktau nak cakap ape, dia tanya "hai bisu ke?"
5) Dia ambil duit dari anda.
6) Dia bisu bila mak anda bertanya.
7) Dia berani sentuh-sentuh anda.
8) Dia cakap, "alah mcm la awak tu baik sgt"
9) Dia menyampah bila anda mengadu.
10) Dia tak pernah ade di sisi bila anda memerlukan.
11) Dia nak jumpe anda bila malam shj.
12) Dan dan mase anda dtg bulan je, dia buat prangai sampah.
13) Dia minta maaf hanya dgn menaip "sorry.."
14) Dia berbual lucah dengan anda.
15) Dia bina badan besar2 setelah anda kata anda suke lelaki berbadan kecil.

sume di atas adalah gambaran bagi seorang lelaki yang sebenarnye dia taknak kat kita. dia just gunekan kita shj.

iTammaTi.



Saturday, April 14, 2012

lipas? die!!


tadi ada lipas bersiar-siar di kedai makan Hatija!
damn Hatija asal makanan kau sume sedap tapi kau tak bunuh lipas2 tu????
kau just sapu je...????
NOT FUNNY AT ALL!


Thursday, April 12, 2012

Couple, Clash

Hai.
Stiap kali dtg bulan penuh tu,
misti clash.
astu seminggu lepas tu, couple balik...

kalau stiap bulan clash couple,
dah 4 tahun couple,
ertinya,
:O
12 X 4 = 48 kali clash dah!

wowww... orang gila ja nak couple ngan aku....
:D


Wednesday, April 11, 2012

Rowing? Fifi Berangan? Buleh Meninggi?

ya benar, rowing buleh menambahkan ketinggian kita.

Idaman saya ialah untuk bekerja keras dan mengumpul duik membina tasik buatan spjg
5 x 2 km dan INDOOR sepanjang tasik!

Boat suruh company Ain buat.
Oars pun.


yg buleh main free hanyalah Maira, Anne dan Amal.
yang buleh discount 50% hanyalah Becky, Lutfi, Nadia dan Nadira.
family of course free.

Yang dtg nak row dgn ketinggian di bawah 155cm buleh dapat discount 20% sbb kesian, bagi chan meninggi ....


Lokasi mungkin di Terengganu, ataupun Pahang.

insyaAllah....


Tuesday, April 10, 2012

Pay Less Book, RM1 @ RM2!!!

eyh hello.

Pay Less Book ada promotion rm1 lagi!


wajib pergi!!!!!



Friday, April 6, 2012

memaafkan mmg sangat mulia..

alhamdulillah....
syukran...

for this whole week, saya punye life sgt miserable...
hanya sebab sabtu lepas saya msg mama sesuatu yang sgt kurang hajar.

after 5 days saya menanggung balasan,
saya nekad, minta maaf pada dia...

satu saat je dia maafkan, hidup saya terus cerah semula....

she's the only one in my heart...

saya harap saya meninggal dunia dulu, baru dia.. kehilangan dia mmg saya tak dpt bayangkan... maunye meroyan aku...


Thursday, April 5, 2012

Hujan Coklat!

Syafiq Puad just came back from Labuan!

hihhih he bought me tons of chocolate!!

okaay, gembire di kala sedih dgn paper test tadi...
susah la kalau target A.. hati jadi stress...
cube kalau dulu.., "ala, C pon orait ape.." takde la nak sakit jantung sume...

thank god ade coklat....
hati terubat balik....
:)

Wednesday, April 4, 2012

Telur sudah cukup busuk

Ok, chane nak detect telur tu dah busuk ke belum.
(Kite tokleh makan telur busuk sbb bakteria dah berkumpul.. Eww....)

1st - Tanpa memecahkan telur.
Rendam dalam air. cek. kalau dia tenggelam, and stable, maksudnye dia fresh lagi.
Kalau dia titibe timbul.., haaa...., dia dah busuk...

tapi kalau takot2 lagi, che bawah ni pulak;

2nd - Cek isi nye, Pecahkan telur.
Pecahkan dalam mangkuk dulu, jgn mix lagi ngan ape2..
Kalau putih telur dia tak jernih, dah jadi warna cham pink2 lutsinar, tettttt... buang!
Confirrrmrm dah busuk.. Dia sepatutnye jernih, tiada bau busuk (evendo telur mmg busuk, bile dia dah rosak, dia akan bau 4 kaliganda hanyir!)

Senang crite, beli telur, masukkan dalam peti ais. confirm leh tahan sampai sebulan!

Tuesday, April 3, 2012

Zombified!

ya, inilah berlaku bila blagak handal sangat. sume bende nak buat..
sayap blakang masih menumbuh. tapi takpa, buleh rehat training sehari..

Weekend itu hari, training boat dgn crew 4-.
Vinno was really in a bad condition.
tangan dia takde blister, for a beginner, itu adalah suatu petunjuk yg bagus, maksudnye, dia pegang oar dgn teknik yg betul...
dia juga fast pikap. cuma, race nak dekat. mcm tak sempat nak training satu crew je.. dah 3 round bagi vino prektis, tapi dia tak dpt follow dgn baik mungkin sbb dia masih demam denggi..

banyak kesilapan yang orang slalu buat mase rowing;
1) warm up dan tidak cool down.
2) row sambil pandang oar sendiri.
3) tak minum air.
4) lepas tap oar from water, lipat lutut cepat2 dan buat bentuk 'M' mase recovery.
dan ade byk lagi...
saya tak handal pun, cuma, kalau buleh , mase row tu, jgn la amik hati bile orang tegur.. sbb sukan ni, pergerakan dia repetition, so, kebarangkalian utk kite leka dan hilang focus tu, tinggi.
jadi, marilah menegur beramai-ramai dalam bot.. bukan blagak bijok, just try to stable the boat perfectly. itu je.. stable boat...


tido pon tak cukup ni..
Final Year Projek nasib baik dah setelkan lame mase beli bitumen tu.. saya akan masukkan nama company bitumen tu, name company lori sewa tu kat dalam blog saya lagi satu..
kesimpulannye, buat la keje awal2, jgn tangguh2.. alhamdulillah sume dah setel... cume nak curi masa utk tido je ni..
dan test highway pada hari kamis ni. looking forward to meet teacher Ru-K untuk ajar beza 2 phase and 3 phase dalam traffic.. haih......
Penat!!!

Thursday, March 29, 2012

Mamat Skinhead di Tepi Mines

sangat yummy.
Tadi ada jumpa sorang. baju dia plaids merah putih,
boots doc mart. tinggal suspender dia je...
potongan rambut dah sah England.

Tolong... yang lagi menyakitkan jantung apabila saya terlihat beg dia bercorak Paisley.!

cair hingga hujung tanduk. please!

Tuesday, March 27, 2012

Horoscope Lagi

cancer ngan cancer juara sepadan!

Saturday, March 24, 2012

Orang Tengah

orang tengah bukan orang ketiga.

orang tengah ialah orang perantara..

bukak cerita.
Saya ada kawan. dia baik. dia ade bf yg sama baya ngan dia.
ok, taknak cerita detail.
singkatkan. dia mcm dah tak larat ngan bf dia.
astu bf dia call2 sume kawan yg gf dia rapat... bf dia rase saya paling rapat.
pada asalnya ok.
tapi....... kenape masa class pon nak call...
kenape pukul 12midnite pun call..
kenape.....
kenape....
kenape..

saya tahu dia sayang gile menggile ngan gf dia ni.. (siyes la saye cakap, gf dia mmg rare gile.. coolest gelpren ever) tapi tenang2 la....
sumpah kalau ade jodoh, mmg akan bersama jugak satu hari nanti...
its not like, gf kau tu nak cari lain... dia bukan yg gatal tu.. hati dia ade kau sorang je... sumpah... cuma dia nak tunggu kau besar sikit, matang sikit, rileks sket, open sikit.. baru la tros kawin..
ni kalau gf kau nak klua malam pon kau dah call2 sribu kali, siap gf kau nanges depan kitorang (padahal itu girl's nite out yg pertama dan terakhir kot utk sem ni) dalam DOME lak tu..
walhal kau menunggu nak klua ngan dia.. still the SAME. klua malam jugak.. lagi teruk kot, berdua-duaan.. tak manis. (kalau nak ikot baik tak baik laa).. apa ini semua. mana pendirian tu.. cakap je la, "ala, sbb dia keluar dgn kawan, aku tak dpt jumpe dia dah....."
kan better drpd, "sebenarnye aku tak suke gf aku klua malam".

skrg saya taktahu ape condition dorang.. actually taknak masuk campur pun tapi bf dia sendiri dah involvekan kitorang.. fening btol...
awak ngan gf awak tu ngah FYP2.. tolongla focus buat bende2 tu.. jgn la nak mengarut sgt...
gf kau siyes sayang kau kot... cuma dia taknak pening2..
satu bende je.
Jangan lupa bezakan antara mencintai dan memiliki.

kau belum memiliki gf kau sebenarnye, secara sah dan halal.
so , utk masa skrg, just act like , mencintai.. ni kalau nak sebut I love You pon awkward2... bye lah korang..
kadang2 orang tak reti yang .., satu panggilan, lebih berharga, lebih orang appreciate drpd sribu panggilan dalam sehari....
rileks....
sbb kau je, dah leh inspire sribu topik utk buat blog..

banyakkan mendengar.. bukan bercakap...
how the hell gf kau nak menyuarakan pendapat dia bile stiap ayat je, kau tepis..
gila ka.. kan dah dia nanges.......diam.... skali menjerit kat DOME tu...
nanges aku nak bergembire ngan gal lain pon tergendala...

penutup ayat,
jangan risau...
kalau putus skrg, tak semesti putus slame nye...
perasaan tokleh paksa mcm tu je...
nanti lame2, korang dah tak contact, skali dia rase rindu ke.... haaaaa..... jgn la kau nak jual mahal lak time tu...
siyes.. sbb this gal hanya ada kau dalam hati dia. sor dont worry and sick too much...
rileks... buat thesis sampai chptr 4 baru leh pike cinta.. okay ka tuan?



buah hati Ain

Tadi dengan seronoknye, minta mama duik blanje rm50, nak klua lepak minum..
skali Alif boypren Ain blanje makan ngan eskim.. heavonn...
alhamdulillah rm50 tu bakal digunakan utk beli buku esok.. ehhehehe..
esok ada pesta buku! mari jangan tak marii!!

Wednesday, March 21, 2012

BMI

as usual, Body Mass Index saya tak sepadan ngan ketinggian...
:(

agaknya diet saya salah. kene kurang kan minum coolblog la..

kene tambah makan kentang.. :(


(oh ya, BMI yg ideal ialah dalam range 19-25)

kalau BMI kite terlebih dari 25, saya tahu.. maksudnye gemuk dan obese...
tapi kalau tak cukup 19?
skinny? bahaya ka? tak paham.......


Tuesday, March 20, 2012

tak nampak aset sendiri

ada kawan saya...
sumpah rupa dia cantik..
dia mcm ade mix mat saleh... tapi bile ditanya, dia jawab, takde lah.. yg jauh2 tu dah tak consider mix..
yang peliknye, dia asyik kata kawan dia lawa gilon.
tiap2 hari stalk fb kawan dia ni. kesimpulannye, dia tau stiap kali kawan dia ade update album...
dia kate dia envy ngan kawan dia tu... envy gigile...

:O

padahhal, kalau dia jalan ngan kitorang, orang laki pasti pandang dia shj.. siyes...
lawa dia, tokleh cakap la...
pandai baking, cooking, knitting.. body takyah cakap la... gilee....

mcm mane seorang yang lawa mcm tu , buleh kate diri dia tak lawa...
ianya, umpama, aku ade tangan dua2 belah, perfect,.. tapi aku kate kat orang aku kudung...
logic ke tu...?


tapi takpela, better la drpd orang yg dok mencari keburukan orang laing... kan..


Monday, March 19, 2012

Aksinya jelas sebenarnya

Mulut bisu. bukan takde nak kate ape2..
bukannye taktau. bukannye bodoh. bukannye lembab.













Banyak cakap. Salah satu bukti sellfish.







Kenapa tuhan cipta dua (2) telinga, dan satu (1) mulut untuk seorang manusia..