Friday, May 18, 2012

Penyakit FB.

Baru-baru ini, saya menjalankan operasi delete orang habis-habisan.
Di Facebook itu lah. Yang account Rafiah Darah sudah lama berkubur kerana 70% orang dalam tu wajar di'delete', jadi tanpa meletihkan jari utk men'delete' 70% itu, saya pun buat account baru dan batalkan yang lama.
Crita di account Mawar ini lah yang menjadi isunya..
Taktau apa fungsinya meng'add' orang pastu tak bertegur sapa.
O, kau dah jumpa aku di satu event, walaupun kau tak borak dgn aku pada event tu..,
balik tu kau 'add' aku.
Ini bukan kes kerek,
ini kes tak perlu.
Kalau btol2 mendalami erti 'tak perlu' tu,
mungkin paham...

Tak payah nak melayan orang2 kat fb tu sgt.. Bukannya betul pun.
Ye ye je post status every hour, real life,
emo, gothic, jeling-juling.
Tutup laptop kau tu, get a life la...

Kenapa saya approve mereka in the first place?
1) Kerana profile misteri bodoh, dan nama mcm familiar.
Jadi saya approve utk cekidout whotheheav yg menge'add' tu.
2) Kerana ingatkan dia segan utk bertegur di dunia sebenar, jadi mungkin dia akan bertegur sapa dengan saya di alam maya... tup tup.., "hai" pon takdak.. . .. . yenna... .. ?  . yenna .. . ?  mau mati ka?
3) Kenalan belasan tahun yang saya approve dahulu untuk berkongsi brg dalam game di Facebook, di mana adik-adik itu semua sudah meneruskan hidup sebagai pelajar yang akan menduduki SPM, jadi, 'tak perlu' dah saya mengisi jumlah 'friend' dalam list. Ketiadaan saya mmg sah takkan disedari mereka. Jadi 'no hal'.
4) Majoriti, lelaki yang saya delete.. Kenapa saya approve in the first place? Kerana ada persamaan musik, kerana ada baaanyak 'mutual friends', kerana mcm kenal dll.  Saya delete sbb mmg 'no purpose'. Again, 'tak perlu'
Kini saya realise, 'tak perlu' nak berkawan kat Facebook kalau kau tak paham erti kawan.
Gila. Banyak orang gila dunia sekarang ni. Ntah apa yang nak dikejarkan ntah.. Rileks2 dah la..  Takyah nak please everyone sgt lah...  Sumpah, orang2 ni blakon je..  Alam maya la katakan.

Seeloknya, focus la pada Twitter, di mana kita hanya approve orang yang PERLU shj dalam mengetahui gossip2 harian kita....
Facebook tu, jadikan je lah ruang utk mengupload gambar sebagai backup sekiranya laptop kena serang virus..

1 comment:

vulp said...

part real life jeling-juling tu aku gelak sengsorang. sebab imagine. kui kui. alah...., fb je. pada aku fb hanya la popcorn. syok, layan. nak lagi. tapi kalau tengah tonton wayang lah yang aku layan. kalau tak aku bolayan. point aku? open interpretation. ha ha