Tuesday, May 29, 2012

Balas Dendam

Seperti yang sedia maklum...
Balas dendam ialah perbuatan yang membuat sesuatu atas dasar; ingin mengajar, menuntut keadilan dan memuaskan hati sendiri - semua itu dengan hati yang penuh kebencian.

Tanpa manusia sedar, balas dendam ialah perbuatan yang sama dengan perbuatan yang kita tak suke.
Contohnya;
1) Aminah seorang yang berduit. Dia seorang yang baik hati. Tetapi Aminah seorang yang becok. Ada aja yang dia hendak cakapkan.. Dia mempunyai kereta di kolejnya. Aminah mempunyai seorang kawan. yang selalu bersama dia. Kawan Aminah bernama Balkish. Aminah selalu membawa Balkish makan, minum dan bawa ke mana shj Balkish hendak berada. Namun, Balkish seorang yang tidak menyedari untung. Balkish sentiasa melupakan Aminah apabila teman lelakinya datang ke kolej. Balkish even menyatakan kebenciannya terhadap Aminah di laman sesawang. Katanya "Orang becok mmg menjelikkan!" Jadi, Aminah pon tertanya-tanya;
"Aku ke yang Balkish maksudkan? Aku ke si becok tu???"
"Balkish ni menggunakan aku ke?"
"Balkish ni buat baik ngan aku bila takde bf dia je ke?"
Dengan fikiran negatif yang sebegitu,
hati Aminah dipenuhi dengan benci. Seolah-olah, diselaputi lapisan hitam yang tidak ada sebelum ini.

Lantas, Aminah membuat keputusan, untuk tidak menolong Balkish lagi.
Dia siap menyatakan di laman sesawang "Kau tak payah la nak mengutuk orang sedangkan kau tu menumpang je".

Perbuatan Aminah ini sebenarnye membalas dendam. Semasa berbuat yang demikian, Aminah tidak berfikir dengan baik. Slaput hitam di hati nya membuatkan dia menaip dengan laju dan bengis di laman sesawang.

Setitik shj ayat Aminah ini, actually telah membuatkan Aminah SAMA sahaja dengan orang yang dia baru benci. Iaitu Balkish. Kini, Aminah sudah tidak boleh memegang gelaran 'Si Pemurah'.


Jadi, apa yang kita nampak? Membuat sesuatu yang org lain pernah yang menyakiti hati kita,
akan membuatkan diri kita dibenci kita sendiri.

Sebelum berbalas dendam, fikirlah dahulu, kita nak ke jadi mcm orang tu?
Perangai yang buruk, dialu-alukan utk dihina. Tetapi bukan dialu-alukan utk diikuti...
Jadi, bersabarlah...  Hari esok tuhan akan membalas..  Kite rileks2 je, biar je orang nak buat apa.. Selagi boleh tolong orang, kite tolong. Selagi boleh telan gossip maut, kite telan. Just jangan ikut langkah orang yang kite benci.

No comments: