Thursday, June 28, 2012

Better

Adalah lebih baik saya tak berkawin,
daripada saya fikir negatif spjg hayat.

Hati tak tenang, sakit jantung,
bila ditanya kena marah, kena ignore.

Tolongla jgn masuk melamar saya sbb saya takkan ready sampai mampus pun.

Tuesday, June 26, 2012

Dia yang masih belum sedar

Kalau anda rasa-rasa anda seorang yang sundal (dah putuskan tunang orang, buat orang clash, porak-perandakan orang yg dah kawin), TOLONGLAH jangan mengepost bende2 yang lawak ketiak aku nak baca, contohnya;
"Laki-laki zaman sekarang ni susah nak dipercayai, tsk, tsk".
"Takpelah, berserah aje lah kepada tuhan yang maha esa".

Saya boleh terimaaaaaaaa sangat awak berubah, amik jalan yang baik.., saya even doakan Allah beri hidayah kepada awak... Tapi please, hentikan la perbuatan zalim dan kejam itu baru leh cerita ttg kuasa Allah..
Tuhan maha ADIL kau taktau pulak. Aiyo....
(kan dah mcm azwan ali dah aku type ni)

Sunday, June 24, 2012

Balas baik.

Buat baik dibalas baik.

Ada juga yang berkata;
"Buat kerja tak ikhlas la tu, nak mengharapkan balasan."

Tanpa mereka sedar, kita hidup, mmg utk dibalas.
Kita melakukan kebajikan, semuanya untuk mendapat keredhaan Allah.
Itu ertinya , buat baik, hendakkan balasan yang baik.

Please people jgn confuse dan mempersoalkan niat manusia.

OAG di UNITENGUA

Kenapa asik tukar member.Kenape asik nyanyi lagu sama. Kenapa? Kenapa?
Saya hadir dengan harapan untuk mejadi muda semula, tetapi...., sah saya mmg dah tak patut pergi ke tmpt2 mcm tu... Too many hipsters, posers, aiyo....  Die....

Friday, June 22, 2012

Oh No!

Hoi. Semalam-semalam saya tak makan. Saya hanya makan tosai pada malam itu.
Hoi. Semalam saya tak makan. Saya hanya makan 6 keping cookies Famous Amos.

Hoi.
Hoi.
Pagi tadi, saya muntah jus perut. Warna hijau.
2 kali.

Kemudian beron air.

:(

Taktau pulak mcm ni effect dia...
Sebusy mana pon, kena makan lah....   :(

Cha kata tu tanda-tanda nak gastrik..  Akot......
:(

Thursday, June 21, 2012

Syarat-syarat berkareoke lebih dari 2 orang.

Kebanyakan manusia tak ske nak marah2 orang..  Jadi sebelum berkareoke, pastikan anda dan rakan-rakan  sudah buat deal utk;
1) Tentukan bajet terlebih dahulu.
2) Tentukan brape jam.
3) Pilih lagu sorang selang2.  bukan, sorang tekan 4-6 title sekaligus.

Tuesday, June 19, 2012

Hey Perempuan, saya nak share nasihat

Tak kisahla kau dah beri apa pada laki tu,
dah berkorban mcm2 utk laki tu,
dah habis duik sume...,

laki tu akan buleh berubah fikiran jika;
1) Dia makin kaya / senang drpd dulu,
2) Ada perempuan yg lagi lawa/kaya/best/kiut/sexy nak kat dia,
3) Dekat tmpt kerja, orang ramai memuja dia / dia naik pangkat.

Ya. Perasaan lelaki pada kita boleh berubah. So don't dream.
Don't dream. Just be strong.

Communication Breakdown

No SMS.
No Email.
Missed calls.

This is so sweet. I can't wait to leave. Seriously.

Monday, June 11, 2012

Percaya dengan Tak Percaya.

Its not like saya nak sangat jadi paranoid.
Masa alahnya semua tanda-tanda yang kau tunjuk kan tu ...,
memang meragu-ragukan...

Penat nak berpura-pura okay. Sorry la saya bukan jenis yang obses, freak kat laki2,
work things out, pujuk rayu, nanges mcm org bodoh...
So kalau dah saya rasa laki tu bukan saya punya, saya blah je...
Its never a problem for me to be an andartu.

Saya mmg tokleh percaya pada lelaki. Sangat susah...
Dulu bf kawan saya sendiri pernah nak ngorat saya. (Tiga yea, bukan sorang)
Orang gile mane punye bakal suami pon.
Enjoy kah aku?
Tettttt...  Not really.....
Sebaliknya, lebih menambahkan paranoid saya kerana saya tahu semua pakwe kawan2 saya tu setia,
tapi buleh lagi nak ngorat orang lain...  What The Earth man......
Scary world...

Saya tak kisah kalau laki saya nak contact with any girl. I seriously dont mind.
But the way he wants to cover it drpd saya yang buat saya pissed off gile..
Heylo. Saya pun ada msg dgn laki2 lain la...  Takde la pulak nak sorok2 hp, poyo2 taknak bagi orang lain pegang...  Please.

Yang pasti, saya takkan main sauk je utk kawin dgn mane2 laki yang tak patut...

Tips utk tahu yg kite ni takde dalam hati laki tu;
1) Dia tak bagi kite pegang hp dia.
2) Dia cederakan kite.
3) Dia tak bawak lepak ngan family dia.
4) Most of the time, kite yang msg dia dulu.

Okay, kalau ade at least satu lah drpd 4 kat atas ni..., blah.. berambus dari laki tu weyyy!!

Thursday, June 7, 2012

Futsal

Dah..... Maen futsal pulok...
Saya baru main futsal 3 kali seumur hidup.. Saya ingat saya kaki bangku...
Tapi tadi masa training ngan kawan2 (untuk Sabtu ni ada pertandingan futsal anjuran IEM), 
titiba saya sorang je dok meng goal kan bola.. sampai 4 goal pulak tu.. bahahahha syok btol jadi athlete rowing..  maen sukan lain dah tak rasa penat langsung dah...

Baru 1st time nak bertanding futsal..  Satu je tips saya ada untuk orang yang berminat nak maen futsal ni...
Orang kata warm up..  Actually tu mmg basic la...
Tapi al-kisahnya,
kalau malas, sukan futsal/bola ni mmg tak sesuai untuk anda..

Dia berkait actually...
Once dah rajin kejar bola, pasti kita kena ada stamina yang cukup...  Sbb penumpuan terhadap bola sangat memerlukan tenaga..  Manusia bila dah penat/pancit/takda energy, mmg akan hilang daya tumpuan, sekaligus membuatkan orang berasa malas utk kejar bola...
Jadi, kena ada semangat juang, jangan malas serta anggota badan kena fit.

Memang normal tengok pasukan wanita futsal yang baru tendang bola meraban. Mmg normal.
Normal jugak tengok pasukan wanita futsal yang baru tak kejar bola, biar je bola pergi jauh.. Mmg normal..
Jadi tipsnye, anda tak perlu nak handal gile skillful gile utk jadi juara. Just jangan MALAS kejar bola.
Make sure fit dulu la.



Monday, June 4, 2012

Aha! Tayar tak cukup angin vs. terlebih angin

Ramai yang tak ambil peduli tentang tayar..
Dalam byk2 (antara; absorber, bentuk kereta, braking system, ketinggian kereta, wing, spoiler), angin tayar adalah yang paling besar memberi effect kepada duik minyak.
Ya. Saya berani beri anda teori ini kerana saya telah cuba sendiri...

Tayar Yang Tak Cukup Angin akan menyentuh permukaan jalan dengan lebar sekali.
Memang lebih stabil, dan selamat..
Tetapi, lebih byk permukaan yang terkena pada jalan, lebih byk friction. Geseran ini akan menyebabkan kita pakai byk minyak. Byk sangat. Ketara sangat.














Manakala Tayar Yang Terlebih Angin pula akan menyentuh permukaan jalan dengan sedikit. Mudah sahaja untuk kona kanan dan kona kiri kerana sikit shj permukaan yang bersentuhan dgn jalan. Maka minyak juga akan digunakan dengan sedikit. Akan tetapi, terlebih angin dalam tayar akan menyebabkan 'loss control' kerana sedikit shj terlanggar potholes (lubang) akan merosakkan tayar, sekaligus, MELETUP!

Jadi, isi lah tayar cukup2 angin shj..  mengikut PSI yang tertera di pintu pemandu..

Untuk mengetahui matlumat yang lebih lanjut dalam menaikkan skill driving anda serta memecut laju dgn selamat, layarilah laman web : http://www.rbevins.com/BRR/ILMS_Setup_Guide/Setup_Guide.html

Sunday, June 3, 2012

Saturday, June 2, 2012

Di Sebalik Kepujian Dekan

bahahahahahah

Ya...  Saya dapat kepujian dekan last semester, iaitu sem yang busy dengan olahraga dan rowing.
Hahahahaha. Seronok tak terhingga..
Saya gembira sangat hingga terlupa nak bgtau babah.
Skali dia call cakap masukkan duik belanja, lebih sikit..  Hic hic...
Rupenye mama dah bgtau dia..


Dapat juga saya membuat parents saya tersenyum di hati...
Alhamdulillah...

Actually bukan nak post tentang pencapaian saya sangat..  Tapi nak cerita di sebalik pencapaian itu..

Start dari bulan 12 tahun lepas, iaitu 31 dec 2011, saya sudah memakai tudung. Pada masa itu juga saya sudah  mula mendoakan kejayaan untuk kawan2 saya sekali dalam pendidikan.. Sebelum ini saya hanya berdoa ttg kesihatan sahaja, tetapi sudah tambah sedikit..
Actually bukan nak tunjuk ape yang saya doakan pada tuhan dan blagak baik.., just nak tunjuk pada suma orang yang mmg tiada keburukan utk mendoakan untuk kejayaan bersama..
Sumpah.
Ini mcm terbukti sangat.
Tak perlu berasa iri hati.
Hati kena rileks.
Tolong sesama kawan.
Kerana mmg ada tuhan cipta golongan yang tak dianugerahkan kesenangan,
Kebijaksanaan..

Adalah scary utk berasa gembire dgn kejatuhan orang lain...
Jauh kan la diri dari perasaan mcm tu...
Mmg hati kite tak dibedah dan dibasuh dgn air zam-zam.., tapi kite buleh elak dgn sentiasa bersikap humble... Tanamkan dalam hati bahawa semua kehebatan yang ada pada diri kite (rupa, paras, duik, pangkat, kecerahan kulit) sume tu adalah milik Allah..
Jangan sesekali mula riak..  Kalau hati rasa mcm nak bangga bila dtg nya sesuatu, cepat2 cakap "Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah".
Mawar tulis ni sebenarnye untuk mengingati diri sendiri jugak...
Solat kena jaga. Kebersihan kena jaga. Perasaan kawan-kawan kena jaga. Ingat yang ibu itu syurga kita. Makan, minum & tidur kena jaga.

Ingat. Tuhan sentiasa mendengar. Always.
Its okay kalau waktu susah je kau ingat tuhan..  Asalkan ingat...