Saturday, June 2, 2012

Di Sebalik Kepujian Dekan

bahahahahahah

Ya...  Saya dapat kepujian dekan last semester, iaitu sem yang busy dengan olahraga dan rowing.
Hahahahaha. Seronok tak terhingga..
Saya gembira sangat hingga terlupa nak bgtau babah.
Skali dia call cakap masukkan duik belanja, lebih sikit..  Hic hic...
Rupenye mama dah bgtau dia..


Dapat juga saya membuat parents saya tersenyum di hati...
Alhamdulillah...

Actually bukan nak post tentang pencapaian saya sangat..  Tapi nak cerita di sebalik pencapaian itu..

Start dari bulan 12 tahun lepas, iaitu 31 dec 2011, saya sudah memakai tudung. Pada masa itu juga saya sudah  mula mendoakan kejayaan untuk kawan2 saya sekali dalam pendidikan.. Sebelum ini saya hanya berdoa ttg kesihatan sahaja, tetapi sudah tambah sedikit..
Actually bukan nak tunjuk ape yang saya doakan pada tuhan dan blagak baik.., just nak tunjuk pada suma orang yang mmg tiada keburukan utk mendoakan untuk kejayaan bersama..
Sumpah.
Ini mcm terbukti sangat.
Tak perlu berasa iri hati.
Hati kena rileks.
Tolong sesama kawan.
Kerana mmg ada tuhan cipta golongan yang tak dianugerahkan kesenangan,
Kebijaksanaan..

Adalah scary utk berasa gembire dgn kejatuhan orang lain...
Jauh kan la diri dari perasaan mcm tu...
Mmg hati kite tak dibedah dan dibasuh dgn air zam-zam.., tapi kite buleh elak dgn sentiasa bersikap humble... Tanamkan dalam hati bahawa semua kehebatan yang ada pada diri kite (rupa, paras, duik, pangkat, kecerahan kulit) sume tu adalah milik Allah..
Jangan sesekali mula riak..  Kalau hati rasa mcm nak bangga bila dtg nya sesuatu, cepat2 cakap "Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah".
Mawar tulis ni sebenarnye untuk mengingati diri sendiri jugak...
Solat kena jaga. Kebersihan kena jaga. Perasaan kawan-kawan kena jaga. Ingat yang ibu itu syurga kita. Makan, minum & tidur kena jaga.

Ingat. Tuhan sentiasa mendengar. Always.
Its okay kalau waktu susah je kau ingat tuhan..  Asalkan ingat...

No comments: