Wednesday, May 30, 2012

Jerang Air

Tak ramai yang tahu adalah merbahaya untuk minum air paip yang dijerang DUA kali.
Dalam kata lain, teko kite tu masih ade air masak, cuma dah sejuk.., then dgn malasnya, kite 'switch on' je.
Meaning, re-boil.

Secara saintifiknya, perbuatan ini sangat merbahaya. Bukan dari segi elektrik, tetapi bahaya dari segi kesihatan.
Air dijerang adalah bertujuan untuk membunuh kuman2 yang ada.
Malangnya, Arsenik dan Nitrat bukan microorganisma. Ia akan menjadi dua kali ganda jumlah asal apabila dimasak dua kali. Walaupun dua benda ini hanya ditemui di kwsn kampung shj (dimana tiada sistem pantauan disana), kita harus berhati-hati memandangkan kandungan Arsenik dan Nitrat yang sedikit shj pun sudah boleh menjadi agen cancer dan racun.

Jadi, janganlah terlalu jimatkan air kerana 1L air ialah RM0.0005 di Malaysia.
Kalau malas sangat, nak tekan je jugak.. , takyah masak air terus. Takyah. Gi bunuh diri.

Tuesday, May 29, 2012

The Guy

Saya masih bersama dengan lelaki yang sama, sudah 3 tahun 7 bulan.
Ramai orang ingat, lagi byk pasangan itu gadoh, lagi longgar hubungan mereka..
Tapi tidak pada kami...  Maybe sudah terlampau tua utk buat prangai, demand itu ini, nanges mcm org gila..
Pergadohan tu dah umpama, puting beliung yg dah di agak akan tiba di Hiroshima, dan preparation dah dibuat.
Puting beliung ini mmg dapat musnah kan segalanya, tapi ade proses rehabilitation dan research.
Ya , proses2 selepas itu lah yang menjadikan sesebuah negara itu lebih kuat dalam menghadapi puting beliung.

Saya dah tahu sangat saya suka lelaki yang mcm mane.
Yang taknak jumpa selalu, yang tak selalu call, yang kuat makan, yang bersih, yang cerdas dan kuat.

Dan itu suma ada pada this guy, yang tak pernah give up...
Adoi, susah nak handle orang yang ade penyakit bipolar ni..  Kesian pada dia...

Dia taktau pun saya suka dia. I miss him, a lot. 

Balas Dendam

Seperti yang sedia maklum...
Balas dendam ialah perbuatan yang membuat sesuatu atas dasar; ingin mengajar, menuntut keadilan dan memuaskan hati sendiri - semua itu dengan hati yang penuh kebencian.

Tanpa manusia sedar, balas dendam ialah perbuatan yang sama dengan perbuatan yang kita tak suke.
Contohnya;
1) Aminah seorang yang berduit. Dia seorang yang baik hati. Tetapi Aminah seorang yang becok. Ada aja yang dia hendak cakapkan.. Dia mempunyai kereta di kolejnya. Aminah mempunyai seorang kawan. yang selalu bersama dia. Kawan Aminah bernama Balkish. Aminah selalu membawa Balkish makan, minum dan bawa ke mana shj Balkish hendak berada. Namun, Balkish seorang yang tidak menyedari untung. Balkish sentiasa melupakan Aminah apabila teman lelakinya datang ke kolej. Balkish even menyatakan kebenciannya terhadap Aminah di laman sesawang. Katanya "Orang becok mmg menjelikkan!" Jadi, Aminah pon tertanya-tanya;
"Aku ke yang Balkish maksudkan? Aku ke si becok tu???"
"Balkish ni menggunakan aku ke?"
"Balkish ni buat baik ngan aku bila takde bf dia je ke?"
Dengan fikiran negatif yang sebegitu,
hati Aminah dipenuhi dengan benci. Seolah-olah, diselaputi lapisan hitam yang tidak ada sebelum ini.

Lantas, Aminah membuat keputusan, untuk tidak menolong Balkish lagi.
Dia siap menyatakan di laman sesawang "Kau tak payah la nak mengutuk orang sedangkan kau tu menumpang je".

Perbuatan Aminah ini sebenarnye membalas dendam. Semasa berbuat yang demikian, Aminah tidak berfikir dengan baik. Slaput hitam di hati nya membuatkan dia menaip dengan laju dan bengis di laman sesawang.

Setitik shj ayat Aminah ini, actually telah membuatkan Aminah SAMA sahaja dengan orang yang dia baru benci. Iaitu Balkish. Kini, Aminah sudah tidak boleh memegang gelaran 'Si Pemurah'.


Jadi, apa yang kita nampak? Membuat sesuatu yang org lain pernah yang menyakiti hati kita,
akan membuatkan diri kita dibenci kita sendiri.

Sebelum berbalas dendam, fikirlah dahulu, kita nak ke jadi mcm orang tu?
Perangai yang buruk, dialu-alukan utk dihina. Tetapi bukan dialu-alukan utk diikuti...
Jadi, bersabarlah...  Hari esok tuhan akan membalas..  Kite rileks2 je, biar je orang nak buat apa.. Selagi boleh tolong orang, kite tolong. Selagi boleh telan gossip maut, kite telan. Just jangan ikut langkah orang yang kite benci.

Saturday, May 26, 2012

LOL

LOL ialah singkatan untuk Laugh Out Loud.
Ianya membawa erti sebuah perbuatan yang sedang ketawa...

Cadangan penggunaan ialah apabila kite sedang membaca msg,
dan tergelak mcm org gila tetapi tidak sempat utk menaipnye.....
Jadi setelah berhenti ketawa, semasa menaip, sudah tidak ketawa. Jadi replace shj LOL di awal mesej.

Jika sempat menaip sambil ketawa terbahak, boleh la continue dengan ayat "hahahahahahah!".
LOL hanyalah digunakan semasa menaip.
Barangsiapa yang menyuarakan kegelian perutnya dgn menyebut "LOL" dalam real life, mmg TOLOL.

Thursday, May 24, 2012

Branak back 2 back

Semalam, titiba kami menemui dua ekor anak kucing comel gebu di luar...  (Setelah kehilangan adik bradik naughty dan mak bapaknya after kematian anak Cutie)
Rupa-rupanya anak-anak comel itu milik Luar...  Tu la pelik titibe perut luar kempis..  tapi takde brite..  nampak gayenye, mcm dah lebih 3minggu anak kucing tu..
Tak sampai sehari kami menemui anak Luar, sambil tonton Korean drama, ada bunyi anak kucing bawah tangga...  What.....  Bloom2 dah branak pulok...
Blue-Sea macam tengah cari tmpt branak..  Aiyo...
Sepuluh hilang, sepuluh mari ka..  hahahahhaha...
Yang peliknya, rumah ni tak pernah berpeluang nak ada kucing jantan...  Kalau ada, pasti lari, kena halau dek kucing gangsta, or accident..  Tak faham...  mungkin bila babah dah habis kerja sbg org tua, menetap di Ampang, baru ada peluang kucing jantan kekal disini.. hihihihi

*Berilah layanan yang baik kepada semua kehidupan kerana mereka sebenarnye punca rezeki kita..
:)

Monday, May 21, 2012

Rindu tu dah sampai 94%

Hadoi.....
Bila Syafiq call, sakit jantung.....
Tapi bila dah on the line......
Terdiam...  What the  la kau ni Fie...
Loserrrr....

Saturday, May 19, 2012

Mania!


Astaghfirullah ha'azim....
Sakit jantung dengar dorang jerit2..
Tak chaye M. Nasir dan Ahmad Dhani nak join rancangan ni... (Mania! di channel ape ntah..)
Sumpah leh demam dengar sampai habis rancangan ni.....
GILAAA..
Mama marah btol saya tukar rancangan...  pelik mcm mane dia kate dia dengar walaupun tido...
Nak marah tapi.., maen je la game kat Facebook ni..., sambil sakit tlinge..
:((

Friday, May 18, 2012

Penyakit FB.

Baru-baru ini, saya menjalankan operasi delete orang habis-habisan.
Di Facebook itu lah. Yang account Rafiah Darah sudah lama berkubur kerana 70% orang dalam tu wajar di'delete', jadi tanpa meletihkan jari utk men'delete' 70% itu, saya pun buat account baru dan batalkan yang lama.
Crita di account Mawar ini lah yang menjadi isunya..
Taktau apa fungsinya meng'add' orang pastu tak bertegur sapa.
O, kau dah jumpa aku di satu event, walaupun kau tak borak dgn aku pada event tu..,
balik tu kau 'add' aku.
Ini bukan kes kerek,
ini kes tak perlu.
Kalau btol2 mendalami erti 'tak perlu' tu,
mungkin paham...

Tak payah nak melayan orang2 kat fb tu sgt.. Bukannya betul pun.
Ye ye je post status every hour, real life,
emo, gothic, jeling-juling.
Tutup laptop kau tu, get a life la...

Kenapa saya approve mereka in the first place?
1) Kerana profile misteri bodoh, dan nama mcm familiar.
Jadi saya approve utk cekidout whotheheav yg menge'add' tu.
2) Kerana ingatkan dia segan utk bertegur di dunia sebenar, jadi mungkin dia akan bertegur sapa dengan saya di alam maya... tup tup.., "hai" pon takdak.. . .. . yenna... .. ?  . yenna .. . ?  mau mati ka?
3) Kenalan belasan tahun yang saya approve dahulu untuk berkongsi brg dalam game di Facebook, di mana adik-adik itu semua sudah meneruskan hidup sebagai pelajar yang akan menduduki SPM, jadi, 'tak perlu' dah saya mengisi jumlah 'friend' dalam list. Ketiadaan saya mmg sah takkan disedari mereka. Jadi 'no hal'.
4) Majoriti, lelaki yang saya delete.. Kenapa saya approve in the first place? Kerana ada persamaan musik, kerana ada baaanyak 'mutual friends', kerana mcm kenal dll.  Saya delete sbb mmg 'no purpose'. Again, 'tak perlu'
Kini saya realise, 'tak perlu' nak berkawan kat Facebook kalau kau tak paham erti kawan.
Gila. Banyak orang gila dunia sekarang ni. Ntah apa yang nak dikejarkan ntah.. Rileks2 dah la..  Takyah nak please everyone sgt lah...  Sumpah, orang2 ni blakon je..  Alam maya la katakan.

Seeloknya, focus la pada Twitter, di mana kita hanya approve orang yang PERLU shj dalam mengetahui gossip2 harian kita....
Facebook tu, jadikan je lah ruang utk mengupload gambar sebagai backup sekiranya laptop kena serang virus..

Thursday, May 17, 2012

Kulit gelap


Sudah sebulan saya berehat dari training rowing...
Tetapi.., kulit saya masih gelap...
Semalam Anne tegur, "kenapa kulit kau tak putih2 dan naik jerawat bah?"
Sedih, dalam hati..
Tapi Anne mmg bicara benda yang btol...

Saya runsing..
Saya juga tak cuba produk2 pemutihan ni...
Runsing bah...

Haritu balik Penang, itu kira, 1st balik Penang saya pakai tudung...
Babah kata, "Semenjak kau pakai tudung ni, muka kau berbelang, mcm pakai mask"
Aduh, sedih dalam hati lagi...

Wednesday, May 16, 2012

Ada degree engineering tapi nak jadi cikgu?


Ya itu lah matlamat saya...
Saya sangat mementingkan masa untuk mengemas.
Saya sudah tengok lifestyle org2 yg obses berkeja...
Anak terabai, suami dan isteri buat hal masing2..

Jadi mengapa in the 1st place saya ambil degree?

Ianya hanyala untuk backup..  plan B yang buleh membantu saya jika;
1) Suami meninggal,
2) Suami blah
dan etc..

Saya sudah lihat lifetsyle makcik saya sbg seorang cikgu displin di sekolah menengah..
Dia tak busy.
Dia balik, masak. Siap masak nasi lemak EVERY WEEKDAYS utk dibawa jual (dan tak pernah tak laku)
actually dia lah the one yg inspired saya sangat2...
Saya takot passion saya sebagai tukang masak hilang setelah berkeja dalam industri oil & gas.
Mama masih tidak tahu niat saya ini... Kerana saya ada peluang yg sgt besar utk bekeja dalam bidang2 tersebut...  Suspen btol la hidup sbg anak.
:(

Tuesday, May 15, 2012

Birthday si Yummy


Harini birthday si Yummy..  Tapi dia di tengah laut....
aduh..... .. . . .  Taktau kesian saya ke, kesian dia....

:(

Thursday, May 10, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Kisah yang terselindung (Tentang Keyakinan)

Hari2 pakai smart tag.
wwWahh...  confident btol saya pakai smart tag....  tros masuk ke lane Smart Tag (yg berwarna kuning).

Ops. Rosak....
Habis bateri kot...
(masukkan bateri baru)

masih rosak...  taknak nyala...
:(

Auntie Yam kawan mama ada anak electrical engineer.
Jadi, dia suruh anaknya cekidout..



Pagi tadi breakfast Subway , dengan Auntie Yam..
Dia pulangkan...  Dengan senyuman dia crita-criti ngan mama...,
"Oh, Laili kata ada one dot yg problem..  (inside)
so ni dah repair.."
Mama tanya, "Dah buleh pakai la maksudnye ni?"

"ha'ah, dah buleh.."

:)

Esok harinya, saya pegang Smart Tag berkenaan............... .. .
dan... . .. . tertanya-tanya....  adakah takkan stuck ....
takkan ada problem ke...?

buleh percaya ke...?

Tak pernah saya begitu tak confident bila dah ada Smart Tag...
Akhirnya, saya menjadi Loser, saya bayar tol pakai syiling..

Taktau bila nak try smart tag...

Suspen....




Monday, May 7, 2012

Tabung Denda Carut

Tabung ini sudah bermula minggu lepas.
Agak susah.  Satu hari shj dah didenda RM1.
Agaknya jika satu carut = RM1...
habis bankrap..

Thursday, May 3, 2012

Apa itu hati?

Sakit hati la.
(marah)

Pedihla hati ni.
(sedih)

Luka hati aku.
(kecewa)

Poyo padahal tah ape tah hati ni takde sape tau...
dah, hati, kau gi maen jauh-jauh. i dislike you. beban.