Thursday, January 12, 2012

Hijab, Makruf

Tudung.
yang membezakan orang kafir dan orang islam.
yang sedikit sebanyak menghalang diri dari dipandang oleh sebahagian jejaka.
yang mengelakkan fitnah dunia.
yang memprotect rambut apabila matahari terik.

Pada sesiapa yang masih belum memakai tudung, tetapi pernah berniat atau terlintas nak pakai....
PAKAILAH.
ini bukan blog alim ulamak.
ini dari pengalaman sendiri...

walaupon tiada pengalaman (mcm orang lain, dari asrama dah pakai tudung)
saya tetap hendak meramaikan orang memakai tudung..

lebih2 lagi kalau anda byk duit... PAKAILAH.
jgn fikir ttg tak ada baju yang sesuai...
saya bermula dari kosong. pada asalnya,
saya ingat nak bermula pada 1 jan 2012.. kerana ingin shopping semua tudung dan baju yang sepatutnye...
kemudian hari demi hari (spjg december tu)
saye terfikir, kenape nak tangguh?
kenapa nak buat mcm ...sebuah acara..iaitu, new yearr..., pakai tudung...azam baru...
seolah-olah agama ini buleh di persia-siakan ....
jadi, saya pakai tudung... (tak tunggu new year pun) Allah baik sgt... dia bagi aku rezeki yang sentiasa cukup.., dari aku kecil sampai besar... takkan aku nak melengahkan lagi utk menjadi islam yang tulen..?
sudahlah aku lahir sbg seorang yang perfect, berakal yang agak cerah.. tapi masih nak menayang rambut pada orang lain...

herm, actually, tak susah pun nak start pakai tudung...
ada skali, dalam minggu pertama pakai.., woyyyyy, mama ajak makan tomyam menggila, ikan stim menggila..... berpeluh gaban! tapi tak rase pun mcm beban... rileks je....

lagipun masa saya free hair dulu, saya mmg jenis yang tak melaram pon.., takde la jenis yang blow2 rambut, make up itu ini... saya mmg jenis yang slumber..
tu ingat, ish.., kalau pakai tudung, sure dah tak nampak ganas..sure dah tak nampak rock...
ala.., just be urself je la...
ramai jugak kawan kate saye tak sesuai pakai tudung... hehe sbb suara kasar, prangai ganas.. tapi takpelah... asalkan...?
TUTUP AURAT... itu perkara pertama sebenarnye , eh, asas sebenarnye dalam menjadi orang islam... saye taknak la , dalam ic tulis islam, tapi org dok ingat cina... tak habis2 kene speaking cina... huhuhu

ok, semoga kita semua mendapat keberkatan Allah dalam segala urusan..
akhir kata, Pakai Je Tudung.

1 comment:

vulp said...

nicely said. buat pape pun untuk Allah mesti dapat kemudahan, insyaAllah. doa doa doa. btw. nice theme/background. he hee