Sunday, November 30, 2014

Tips membaca seseorang

Kalini saya menulis ni,  untuk mengajar anda semua untuk memahami seseorang.
Tidak berdasarkan horoskop, mahupun jantina..

Kalau ingin belajar, rajin-rajinlah baca.

Pastikan tempoh perkenalan kamu berdua. Jika adik beradik, sudah tentu sudah masak. Dan jika pasangan kekasih, sudah berapa lama kamu berdua berkenalan.

Andai kata, sudah 5 tahun kamu bercinta dgn seseorang. Bila kita marah, dia diam. Jadi apabila ada satu moment anda marah, dan dia marah kembali.... Anda tidak silap. Ada sesuatu yg tidak kena. Bukan dia sudah meletup ataupun dah givap, tetapi 90% hatinya sedang focus pada org lain.

Andai kata, baru 1 bulan kamu bercinta, dan ingin sgt memahami si dia, cuba tengok cara dia memandu. Ekspresi diri adalah sbyk 100% semasa memandu. Itu lah dirinya. Setiap perbuatan, dari segi duduk lane mana, potong memotong, cornering, honk, high beam, parking, kua simpang... Itu semua mencerminkan 100% sifat seseorang.

Andai kata seseorang ini, mak dia pun dia sanggup marah, nescaya, boss, kawan baik dia atau pasangan dia, dia sanggup marah.
Dats why kita akan kenal sangat seseorang ni bila datang ke rumahnya.

Saya tidak mahu offen mana2 pihak, tetapi saya gerenti, mereka yg memakai jam besi adalah mereka yg ingin mengekspresskan dirinya sebagai seorang yg berjaya, class dan beruang. Ini adalah fakta bukan auta. Cuba cek sendiri kalau tak percaya.
Manakala mereka yg memakai jam tali kulit, adalah mereka yg tidak suka express feeling mereka terhadap someone. Jika benci, dia pendam. Jika suka, dia pendam.
Sangat sukar deal dgn jenis yg begini kerana mereka tidak begitu ekspresif.
Manakala jam G-shock atau sunto atau seangkatan dgn nya, mereka ini golongan yg berhobi. Sama ada jogging, motor, rugby, basikal, diving. Mereka ini 90% adalah sangat peramah dan seronok dibuat kawan.
Dan. Jika seseorang itu tidak memakai jam tangan, maksudnya dia seorang yg sgt sempoi.., dan sgt selekeh kebanyakkannya..
Haha dan. Jika ditanya seseorang itu, dimana beli jam, dan jwpnnya adalah 'mak bagi' atau 'ayah bagi', confirm 100% dia adalah seorang yg sgt sgt sgt simple, penyayang dan humble.

Saya sudah berumur 27 tahun. Dan saya masih meneliti sifat orang. Manusia adalah subjek yg paling unik kerana ia membesar bersama otaknya.
Ada banyak lagi yg saya akan kongsi. Maaf dah lama tak update blog. Asyik main coc. Ni dah berhenti war, baru boleh hidup mcm manusia semula.

No comments: