Sunday, March 16, 2014

leng yuw yea 'Hujan malam yang sejuk' - (cerita pendek PMS)

Tanpa menggunakan dadah..., perempuan akan lebih kreatif dari segi fikiran apabila mereka datang bulan.
Kreatif disini saya maksudkan dari segi cara dia mengolah situasi yang tidak sepatutnya..

Ayat mudah.., Cari Pasal.

Situasi ;

Lakinya seorang penunggang motosikal. Apabila hendak pulang, biasanya lakinya akan whatsapp menyatakan dia sudah hendak pulang.., tetapi, dari pukul 4-6pm, lakinya stuck di dalam meeting yang menyebabkan dia tak dapat charge phone iphone yg cepat habis bateri. Si woman di ofis menunggu kabar.. Sebelum datang bulan, ego setinggi bulan. Jadi dia buat-buat busy, taknak tanya laki dia what's up.. Padahal dalam hati semasa 'buat-buat' busy tu, macam-macam dia olah situasi si lakinya. "Abang kat mana ni.. Kang aku call dia, mesti tak angkat.., then bila dah selesai buat apa yg dia buat ni, dia pura-pura baru check handphone.., cakap meeting lah hape lah.." tak pon situasi bengis si woman lagi, "Confirm abang gi minum petang ngan budak pompuan yg haritu sampai tak tingat nak msg aku.. Kang kalau dia call aku nak ignore sampai mampos.."
Setibanya lakinya di rumah, dalam keadaan bersalah, lakinya tros meminta maaf kerana bateri iphone habis. Tadi meeting lama gile..
Si woman tros kata "ok.., abang dah smayang ke blom..maghrib nak habis dah.."
Lakinya lega dan menyatakan belum solat.., lantas rushing naik dan solat..

Si woman masuk ke bilik air bawah, mandi shower dan tros menangis mcm org gila...
Menangis mcm orang gila...

Sudah pukul 8:40pm. Si woman masih menunggu lakinya bercakap jujur. (walaupun kita yg membaca sudah tau mmg jujur lakinya)
Waktu makan biasa mereka ialah pukul 8:45pm..
Lakinya turun...
Sambil senyum, lakinya bertanya, "Ayang kenapa tak salin baju kat atas.. Abang ingat nak ngaji ngan awak tadi.."
Si woman bercakap dalam hati "hotak kau nak buat-buat alim lagi padahal dah pegi buat maksiat kat mana-mana tadi.. fob!!"
Tetapi dia hanya menjawab "Ada baju yg belum lipat, tu pakai je kat bilik dobi ni.. senang nak masak tros pon....  Makan la bang.."

Sambil makan, si woman menahan nangis lagi...

Sampai waktu hendak tidur, lakinya agak bermesra, tetapi si woman menyatakan dia penat dan ngantuk sangat..  Lakinya menyatakan jika sapa-sapa bgn subuh dulu, kejut la..
Sambil tido mengadap ke arah berlawanan, si woman menangis diam-diam. Dia berfikir bahawa lakinya sudah bersedia untuk kahwin dua.. Kerana dapat melayan dua orang dalam waktu yg sama dengan baik sekali.., walaupun sudah berjumpa dgn affair, masih dapat melayan si woman dengan baik.. Dia sedang fikir utk tidak menjadi isteri derhaka dan terima sahaja segalanya...

Hujan turun pada malam itu...
Sejuk sekali pada malam itu...

Hati si woman sangat sedih...  si woman masih menangis dalam diam..
(Semasa ini, OST karangan ini adalah lagu dari Beyond, 冷雨夜)

Bangun pagi subuh, si woman berasa sakit peha.. sakit sangat peha... pinggang belakang sakit yg amat rasa nak tercabut... si woman merasakan sesuatu...

Pergi toilet, nak buang air kecil pagi, si woman tergelak sorang-sorang...
Ketawanya si woman makin besar....
Rupanya period....  ahahahahahahahahahaah
Malu dengan diri sendiri...

Dalam sekelip mata, semua tanggapan kreatif inovatif malam semalam dibakar sehingga menjadi debu..

Esok harinya si woman menghadiahkan lakinya Powerbank utk charge iphone nya dimana sahaja.
Lakinya gembira senyum sampai telinga..

kihihi..

Tammat.

No comments: