Sunday, February 26, 2012

Beriman kepada Malaikat

seperti mana yang kita tahu....
Rukun Iman yang kedua (after beriman kepada Allah)
ialah beriman kepada Malaikat.

(apalah erti islam kite jika kite tak amik peduli pun rukun iman yang kedua)

tuhan cipta malaikat untuk menyembahNya.
jumlahnya ada byk tapi yang kite WAJIB tahu ade 10.


1) Malaikat Jibril - Tugasnya menyampaikan wahyu dari Allah.

2) Malaikat Mikail - Tugasnya menyampaikan rezeki kepada kita... dan bila kite mendapat tuah yang best2, selain daripada Allah s.w.t. , janganlah kite lupa utk mengucapkan thank you pada Malaikat Mikail kerana menyampaikan rezeki pada kite...

3) Malaikat Roqib - Mencatat segala perbuatan baik kite. even kite berniat nak buat suatu bende yang baik pon dia dah catat (walaupon tak jadi buat lepas tu).

4) Malaikat Atid - Mencatat segala perbuatan buruk kita. Sekiranya seseorang itu sudah berniat untuk mencuri di sebuah rumah, tetapi tergendala akibat takde minyak motor ke, Malaikat Atid tak jadi catat niat jahat kite tu sebagai dosa.

5) Malaikat Izroil - Tugasnya mencabut nyawa. tak salah kalau include kan dalam doa harian untuk minta Malaikat Izroil cabut nyawa kite dalam keadaan beriman dan lemah lembut bila tiba waktunya nanti...

6 & 7) Malaikat Mungkar dan Nangkir - Berkongsi tugas. Mereka ini , Malaikat Jibrail crita pada Nabi Muhammad s.a.w, adalah dua Malaikat yang digeruni.. Mereka akan membawa roh kite (dgn izin Allah s.w.t.) dan menghembus kepada mayat kite (jasad) yang kat dalam kubur - ini ialah alam barzakh-, maka, mereka akan bertanya; (1) Siapa tuhan kamu? (2) Apakah agama kamu (3) Siapakah nabi kamu?
ya soalan berikut mmg kedengaran sgt senang.. tapi dua malaikat ini tidak akan berjinak. mereka akan bertanya lagi skali. sekiranya ada berbunyi keraguan dalam jawapan kita, maka mereka tidak akan berlembut kepada kita. diceritakan bahawa mereka hanya akan jinak sekiranya kite confident jawab dan tidak gentar akan soalannya...
mulai dari sini (dunia), kite kene slalu memuji-muji Allah, kalau hafal 99nama Allah lagi baik. kite kene byk2 kan selawat ke atas rasul, ingat perjuangan rasul kite (Nabi Muhammad s.a.w.) yang terlampau risau akan umatnya walaupon sebelum dia menghembuskan nafas terakhir..
so dat kite akan senang bertemu dengan Malaikat Mungkar dan Nangkir, insyaAllah...

8) Malaikat Izrofil - Menipu sangka kala masa Hari Kiamat nanti.

9) Malaikat ridhwan - Bertugas untuk menjaga pintu syurga :)

10) Malaikat Malik - Ditugaskan untuk menjaga pintu neraka. :(

please. saya kat sini bukan blagak alim.. tapi ilmu kena sharing.. kite tahu kan yang malaikat ialah perantara antara kita dan Allah... jadi, bile kite buat baik, malaikat akan story suma pada Allah... sama mcm hidup di dunia ni la.., lepas dah bodek bos, kite buat baik kat QA ke, secretary ke, so that org2 tu akan promote kite pada bos.. takkan la kite buleh bersungguh nak amik hati manusia sedangkan Allah kite rendahkan dari bos..??

sparuh orang tak prasan bende ni wajib ambil tahu sebagai orang islam...
renung2 kan, dan byk kan beramal...
minta jauhkan lah perasaan riak kerana orang yg sombong itu menghampiri kepada melupakan Allah s.w.t.

lagi satu, kalau nampak orang yg sering bercakap sorang2... jgn tros cakap dia tu gila.. saya dah jumpe dgn sorang yang bijok gile, gaya nerdie (kat UMP dulu), kawan2 dia cakap, rupenye dia sering bercakap pada para Malaikat... walaupon tiada balasan, tapi dia tetap anggap malaikat dengar dia cakap ape.. jadi, mari kite perbaiki diri yang serba kekurangan dan maju setapak. esok setapak agi. :)

Semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.


1 comment:

vulp said...

wow. i like this piece. something that we tend to overlook. btw, tula, sejak aku dengar ustaz don cakap pasal nabi ajar antara orang yang dilaknat malaikat ialah anak derhaka, aku baru sedar balik: wea, dah berapa banyak kali malaikat dok laknat aku the whole day (sbb buat mak marah/tension/sedih) :(