Saturday, August 9, 2008

senyum lepas pandang langit




Hari ini, air itu keluar lagi.
entah mengapa semua berlangsung salah.
adakah aku aura negatif?
atau hanyalah kebetulan?

berhadap rakan karib ku,
bercerita itu ini,
setibanya waktu aku berbicara,
semuanya diam terpaku.

masalah aku tiada siapa tahu,
kerana masing2 hendak didengari,
dan semua akibat lelaki durjana,
senyumlah wahai fifi...

bila langit biru bertukar hitam...
bila angin panas bertukar sejuk...
hati mula pilu kembali...
mengenang nasib ini.

sekali aku jenguk atas,
kedua belah hujung nya yg tajam,
umpama senyum padaku...
bulan itu senyum padaku?

adakah bulan juga tahu bersikap sinis?
ataupon memberitahu aku sesuatu...
terdengar bahagian baik aku berkata,
senyumla selepas pandang langit.

rupanya bulan itu menenangkan aku..,

sekali aku jenguk atas kembali,
berkelip kelip langit di luar sana..,
umpama berlian,
juga umpama air mata menitik.

adakah bintang2 juga tahu bersikap sinis?
ataupon memberitahu aku sesuatu...
terdengar bahagian baik aku berkata,
senyumlah selepas pandang langit

hati aku tenang semula..
:)

1 comment:

rufus fudge said...

langit membantu benda tu kering (langit malam jela, langit siang khas untuk baju-baju je)