Sunday, October 28, 2012
Aksi vs. Tidak Beraksi
Selain daripada graviti (suatu daya tarikan dari pusat bumi tanpa-kita-ketahui-apakah-ia-tapi-kita-main-terima-je-pahaman-Newton-itu), minat juga memainkan peranan penting dalam menarik seseorang ke arah sesuatu...
Aku minat kereta, jadi aku letak gambar kereta2 kat profile facebook aku.
Aku minat emas, jadi aku beli sampai kering duik dalam bank..
Aku minat Saloma, jadi aku tak tindik tlinge sebab nak tiru Saloma..
Penarikan sebegini adalah kerana minat..
Penarikan sebegini sepatutnye membuatkan seseorang itu obses dan sungguh inginkan benda yang dia minat tu.
Tetapi, mari kita cerita tentang sinta (bagi mereka yang geli menggunakan C word)..
Apakah pula terma bagi mereka yang kata minat..., tapi... tiada movement...
Apakah itu dipanggil minat?
Secara pahaman logiknya, itu tidak boleh dipanggil minat...
Bahasa kita, "Ha..sah tak minat."
Tapi ini hati la bro.., sapa mengerti....
Sebenarnye, setiap manusia yang masih belum berpasangan di muka bumi ini sendiri tidak tahu siapa yang hati mereka hendakkan... Yang aku tahu, aku minat dia.. Again, jangan cakap kau minat sesuatu bila kau tak USAHA utk dapatkan dia.. Itu dipanggil, "Suka rasanya". Ada RASANYA di situ - uncertain.
"Semalam aku jumpa ade satu awek ni.. Siyes menawan kalbu.. Aku bagi e-mail fb aku kat dia.. Tup2 malam tu dia tros add.. LOL aku main2 je, skali dia add da.."
Okay, keturunan babun di atas BOLEH dikategorikan sebagai peminat awek tu. Dia minat... , sbb? Dia ada effort.. Walaupun dia berkata yang dia bergurau je... (cuba nasib) tetapi benar, dia minat perempuan tu..
Cuma dia terlebih berani. Dia digelar peminat bahlul.
"Omaigadddd.. Dia yummy gilon! Aku tau dia single weyyy tapi aku takott! Aku perempuan..bodoh tak kalau aku approach dia?? Dia dah la lgsg tak pandang perempuan... pengsannnn!"
Okay, keturunan cipan di atas adalah pelawak. Tapi actually dia berani utk berfikir begitu.. Betul ape orang kata.. Apa kes perigi cari timba...
HELLOOOO... Kalau dah minat, Newton pon aku sembelih bro.. (tak pasal2)
Al-kisahnya takde yang salah okay perempuan approach laki.. Mana laki tu nak tau kau minat dia.. Laki (Melayu secara khususnya) zaman skrg dah la lemlem... Ntah la.. telur makin kecil kot dimamah zaman..
Laki tu gay ke, penagih dadah ke, benci kau ke, makcik pokcik kau yg keypoche tak suke dia ke, crite kemudian la... Yang pasti, usahakan keinginan kita.. Result tu yang penting.
Kebenaran itu mungkin buruk.., tapi kebenaran itself, sangat cantik.. Boleh ke tido stiap hari bila kite tak setelkan sesuatu di otak dan hati? Berat la.. Lets make life easier la...
Approach je orang yg kite minat,
Beli je bende yg kite minat,
makan je bende yang kite minat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"Ntah la.. telur makin kecil kot dimamah zaman..'' - HAHAHAHA!
Post a Comment