Tuesday, January 13, 2015

Driver Penang vs Driver KL

Kelakar la.. Tanpa orang KL sedar..., driver di Penang lagi tut dari mereka di KL....

Rasa mcm drive di KL dah sgt mencabar la....
Skali datang Penang..., hahahahaha semua kereta kat sana, lampu signal mereka rosak. Rosak or kudung sebelah., saya taktau la... Tapi mmg stress habis drive di sana... minded mereka totally different dgn orang di KL.
Orang kata, orang Penang tak penyabar.... Cuba bawak orang KL drive kat Penang.. Kita tengok siapa lagi tak penyabar...Dekat Penang, mereka drive tidak laju... slow dan rileks... Dan bile orang KL datang sana, rambut jatuh.., keguguran akibat stress...

Saya sebagai penumpang.., saya ketawa je la....


Sunday, November 30, 2014

Tips membaca seseorang

Kalini saya menulis ni,  untuk mengajar anda semua untuk memahami seseorang.
Tidak berdasarkan horoskop, mahupun jantina..

Kalau ingin belajar, rajin-rajinlah baca.

Pastikan tempoh perkenalan kamu berdua. Jika adik beradik, sudah tentu sudah masak. Dan jika pasangan kekasih, sudah berapa lama kamu berdua berkenalan.

Andai kata, sudah 5 tahun kamu bercinta dgn seseorang. Bila kita marah, dia diam. Jadi apabila ada satu moment anda marah, dan dia marah kembali.... Anda tidak silap. Ada sesuatu yg tidak kena. Bukan dia sudah meletup ataupun dah givap, tetapi 90% hatinya sedang focus pada org lain.

Andai kata, baru 1 bulan kamu bercinta, dan ingin sgt memahami si dia, cuba tengok cara dia memandu. Ekspresi diri adalah sbyk 100% semasa memandu. Itu lah dirinya. Setiap perbuatan, dari segi duduk lane mana, potong memotong, cornering, honk, high beam, parking, kua simpang... Itu semua mencerminkan 100% sifat seseorang.

Andai kata seseorang ini, mak dia pun dia sanggup marah, nescaya, boss, kawan baik dia atau pasangan dia, dia sanggup marah.
Dats why kita akan kenal sangat seseorang ni bila datang ke rumahnya.

Saya tidak mahu offen mana2 pihak, tetapi saya gerenti, mereka yg memakai jam besi adalah mereka yg ingin mengekspresskan dirinya sebagai seorang yg berjaya, class dan beruang. Ini adalah fakta bukan auta. Cuba cek sendiri kalau tak percaya.
Manakala mereka yg memakai jam tali kulit, adalah mereka yg tidak suka express feeling mereka terhadap someone. Jika benci, dia pendam. Jika suka, dia pendam.
Sangat sukar deal dgn jenis yg begini kerana mereka tidak begitu ekspresif.
Manakala jam G-shock atau sunto atau seangkatan dgn nya, mereka ini golongan yg berhobi. Sama ada jogging, motor, rugby, basikal, diving. Mereka ini 90% adalah sangat peramah dan seronok dibuat kawan.
Dan. Jika seseorang itu tidak memakai jam tangan, maksudnya dia seorang yg sgt sempoi.., dan sgt selekeh kebanyakkannya..
Haha dan. Jika ditanya seseorang itu, dimana beli jam, dan jwpnnya adalah 'mak bagi' atau 'ayah bagi', confirm 100% dia adalah seorang yg sgt sgt sgt simple, penyayang dan humble.

Saya sudah berumur 27 tahun. Dan saya masih meneliti sifat orang. Manusia adalah subjek yg paling unik kerana ia membesar bersama otaknya.
Ada banyak lagi yg saya akan kongsi. Maaf dah lama tak update blog. Asyik main coc. Ni dah berhenti war, baru boleh hidup mcm manusia semula.

Saturday, May 17, 2014

Banana Fon!

Tefon saya kini tiada nombor tefon sape2 pun. .. .stiap kali nak angkat call, misti suspen gile.. . Byk nombor ofismate dah hafal sikit. Nombor kontraktor pon dah hafal...
Dulu saya puji benar nokia saya tu.. . Tapi lama2 hang la...lag la...lasak mmg lasak, tapi ...yela bayangkan gamer tak pakai touchscreen. .. Dah pulakkk bile pakai touchsreen, mcm cacat plak. .. Mcm tekan angin..  Sebelum ni pakai touchscreen jugak tapi ada keypad... (mini xperia)  tapi tuan dia lasak ganah sgt pecah sana sini.. . Last2 mati btol tokleh hidup dah...
Sekarang amat mencintai xperia z1 ... . Saya tak layan iphone sbb dia tak lasak...berat dan sgt cerewet. .. Kena itunes jugak... Maleh aa...
Kawan saya ada pakai motorola yg gorila tu.. .. Nampak bagus...tapi bile byk apps, dia mcm hangman...
Again, so far keturunan xperia tak penah kecewakan saya la...

Friday, May 9, 2014

stress

Kita cakap A...  Orang faham E.
Kita cakap lompat, orang paham, terjun.

So?
Solutionnye.., diam je lah...

Sunday, May 4, 2014

Rumusan Horoskop & Elemen (sifat)

Negatif;

Pisces - Tak reti express feeling. Kesian.
Aries - Over confident dan takleh terima kejatuhan.
Taurus - Gaya mesti nombor satu. Dah style dah, tapi makan mesti gelojoh/selekeh.
Gemini - Kurang peka terhadap perasaan orang lain. Inginkan malaikat tetapi diri sendiri mcm satan.

Cancer - Emo nak mati. Asyik down je sampai semuorang menyampah.
Leo - "It's all about me".
Virgo - Tak confident yang tah hape hape.
Libra - Tiada arah tujuan. Penuh ego padahal perlu dibimbing kerana tidak boleh buat decision.

Scorpio - Obsesif. Mulut celupar.
Sagi - "I am the best".
Capricorn - Pendendam. Degil baning.
Aqua - Stalker forever. Obsesif.




Atas ini semua disusun mengikut elemen dibawah. 

Air - Cool. Setia.
Api - Hot. Yakin.
Tanah - Simple. Realistik.
Angin - Berubah-ubah. Damai & Ceria.

Wednesday, April 30, 2014

Berpeluh Bakar Lemak?

Oh no.... Ramai yang confuse tentang iniiiii...
Peluh yang keluar akibat cuaca yang amat panas atau baju tebal adalah TIDAK menguruskan..
Ianya hanyala mengandungi air dan garam.

Peluh yang sihat adalah peluh yang keluar akibat adrenalin, atau pun pergerakan muscle, ataupun kedua-duanya sekali. Contohnya adalah;
1) Nervous sampai berpeluh.
2) Buat yoga (menahan diri dalam keadaan tenang dan stabil) sehingga berpeluh.
3) Berlari.
4) Menari.
5) Cycling.
6) Basuh baju pakai tangan.

Memandangkan peluh yang sihat ini mengeluarkan toksin dan segala benda jijik..., anda dinasihati untuk membawa towel kecil atau memakai baju cotton memandangkan air peluh ini amat merbahaya sekiranya dibiarkan lama di kulit.. Ia akan diresap semula dan menjadi lebih jijiks..

Okay. Pemahaman bakar lemak yang simple ...
Siti mengambil nasi lemak dua jam sebelum jogging kerana takot kekurangan tenaga.
Ye, memang Siti tak muntah. TETAPI, dia tidak membakar lemaknya yang sedia ada di badannya..
Semasa dia berjogging, tenaga yang digunakan adalah dari makanan yang baru dimakan tadi..

Persoalannya, apa cara untuk bakar lemak dengan berkesan?
AIR.
AIR.
dan AIR.
Bukan air gula. Bukan Power Gel.
Saya explain khas untuk BAKAR LEMAK.
Air gula dan Power Gel/Power Bar adalah digunakan sebagai extra boost / tenaga bagi atlit yang lemak within range 6-18%.
Yang dah lemak lebih dari itu, haruslah bersedia dgn AIR shj. AIR yang banyak...  Ingat, kencing juga mengeluarkan lemak..

Bayangkan sekiranya anda ambil air gula sebelum bersukan...  Tenaga yg digunakan adalah dari air gula itu.. Akibat ianya fresh (baru minum), badan kita akan alert utk serap yg itu dulu..  Walhal lemak dibadan ini sedang menunggu untuk diconvert sebagai tenaga.. Jadi, bagi mereka yang rasa banyak lemak dan nak bakar lemak.., diminta bersenam dengan PERUT KOSONG.

100 plus sume tu adalah air garam...  Itu hendaklah diminum SELEPAS bersukan.. Kerana mmg lumrah, garam dan air keluar sekali semasa bersukan.. Jadi replace balik dengan minuman isotonik..

Jadi, jelas tak?
Peluh dari sauna atau cuaca panas hanya mengeluarkan air. Setitik pon tidak membakar lemak anda. Sorry to tell you that..

Remember.., rupa fizikal luaran kita mencerminkan dalaman (organ) kita.
(Yela, bayangkan ong tua.., kulit berkedut, tapi paru2 bergetah lagi.. tak logik kan...)
Bagi mereka yang mempunyai kantung minyak di bahagian keliling mata (ia kelihatan seperi jerawat tapi bukan jerawat).., maksudnya sistem arteri anda berlemak. Ini adalah tanda awal penyakit kronik dan sangat menakutkan...
Sayangilah diri anda.. Setiap organ kita ni tuhan bagi sekali je.. Bertuah la kalau orang nak derma..

Sunday, April 6, 2014

Pilihan

Kita hidup berdasarkan pilihan.

Pilih nak bangun awal atau tak.
Pilih nak merokok atau tak.
Pilih nak buat homework ke taknak buat homework.
Pilih nak jadi engineer ke arkitek.
Pilih nak derma ke taknak derma.
Pilih nak bawak 160km/h ke atau bawak 120km/h je.

Setiap pemilihan yang kita buat akan menghasilkan outcome.., yang tuhan judge..  Sebab tu kita kena berfikir. Bukan fikir banyak... Berfikir dengan baik.
Orang yang ignoran adalah yang terhina.
Yang pura-pura ignoran pasti ada sebab.
Dan yang berfikir tetapi mmg berniat untuk menyusahkan orang adalah tahi lembu.



Saya tercetus nak tulis ni kerana baru-baru ni saya ada melawat sebuah sungai di Behrang. Saya dapati, terdapat terlalu banyak sampah di tepi sungai, di celah batu, malah di atas pokok juga ada.. Pampers baby, sampah plastik lagi banyak... Saya tahu, saya faham.... mereka yang berbuat demikian sudah tentu/pasti tidak berpelajaran tinggi.. atau pun tidak tahu bahawa plastik tidak boleh dibiodegrasi...
Tetapi, takkan takde sifat kemanusiaan.. Tak malu ke.. Saya sentiasa mendoakan keburukan kepada mereka yang berbuat demikian kerana sungai itu milik bersama...Bukan milik dia sahaja...

Saya tak pasti, tetapi, saya tahu bahawa manusia semua dianugerahkan aqal... tetapi kenapa masih ada yg tidak mampu berlagak seperti manusia...  Saya tak maksudkan manusia yang baik... Saya maksudkan, manusia yang beraqal.

Sunday, March 16, 2014

leng yuw yea 'Hujan malam yang sejuk' - (cerita pendek PMS)

Tanpa menggunakan dadah..., perempuan akan lebih kreatif dari segi fikiran apabila mereka datang bulan.
Kreatif disini saya maksudkan dari segi cara dia mengolah situasi yang tidak sepatutnya..

Ayat mudah.., Cari Pasal.

Situasi ;

Lakinya seorang penunggang motosikal. Apabila hendak pulang, biasanya lakinya akan whatsapp menyatakan dia sudah hendak pulang.., tetapi, dari pukul 4-6pm, lakinya stuck di dalam meeting yang menyebabkan dia tak dapat charge phone iphone yg cepat habis bateri. Si woman di ofis menunggu kabar.. Sebelum datang bulan, ego setinggi bulan. Jadi dia buat-buat busy, taknak tanya laki dia what's up.. Padahal dalam hati semasa 'buat-buat' busy tu, macam-macam dia olah situasi si lakinya. "Abang kat mana ni.. Kang aku call dia, mesti tak angkat.., then bila dah selesai buat apa yg dia buat ni, dia pura-pura baru check handphone.., cakap meeting lah hape lah.." tak pon situasi bengis si woman lagi, "Confirm abang gi minum petang ngan budak pompuan yg haritu sampai tak tingat nak msg aku.. Kang kalau dia call aku nak ignore sampai mampos.."
Setibanya lakinya di rumah, dalam keadaan bersalah, lakinya tros meminta maaf kerana bateri iphone habis. Tadi meeting lama gile..
Si woman tros kata "ok.., abang dah smayang ke blom..maghrib nak habis dah.."
Lakinya lega dan menyatakan belum solat.., lantas rushing naik dan solat..

Si woman masuk ke bilik air bawah, mandi shower dan tros menangis mcm org gila...
Menangis mcm orang gila...

Sudah pukul 8:40pm. Si woman masih menunggu lakinya bercakap jujur. (walaupun kita yg membaca sudah tau mmg jujur lakinya)
Waktu makan biasa mereka ialah pukul 8:45pm..
Lakinya turun...
Sambil senyum, lakinya bertanya, "Ayang kenapa tak salin baju kat atas.. Abang ingat nak ngaji ngan awak tadi.."
Si woman bercakap dalam hati "hotak kau nak buat-buat alim lagi padahal dah pegi buat maksiat kat mana-mana tadi.. fob!!"
Tetapi dia hanya menjawab "Ada baju yg belum lipat, tu pakai je kat bilik dobi ni.. senang nak masak tros pon....  Makan la bang.."

Sambil makan, si woman menahan nangis lagi...

Sampai waktu hendak tidur, lakinya agak bermesra, tetapi si woman menyatakan dia penat dan ngantuk sangat..  Lakinya menyatakan jika sapa-sapa bgn subuh dulu, kejut la..
Sambil tido mengadap ke arah berlawanan, si woman menangis diam-diam. Dia berfikir bahawa lakinya sudah bersedia untuk kahwin dua.. Kerana dapat melayan dua orang dalam waktu yg sama dengan baik sekali.., walaupun sudah berjumpa dgn affair, masih dapat melayan si woman dengan baik.. Dia sedang fikir utk tidak menjadi isteri derhaka dan terima sahaja segalanya...

Hujan turun pada malam itu...
Sejuk sekali pada malam itu...

Hati si woman sangat sedih...  si woman masih menangis dalam diam..
(Semasa ini, OST karangan ini adalah lagu dari Beyond, 冷雨夜)

Bangun pagi subuh, si woman berasa sakit peha.. sakit sangat peha... pinggang belakang sakit yg amat rasa nak tercabut... si woman merasakan sesuatu...

Pergi toilet, nak buang air kecil pagi, si woman tergelak sorang-sorang...
Ketawanya si woman makin besar....
Rupanya period....  ahahahahahahahahahaah
Malu dengan diri sendiri...

Dalam sekelip mata, semua tanggapan kreatif inovatif malam semalam dibakar sehingga menjadi debu..

Esok harinya si woman menghadiahkan lakinya Powerbank utk charge iphone nya dimana sahaja.
Lakinya gembira senyum sampai telinga..

kihihi..

Tammat.

Sunday, March 2, 2014

Skema di luar kelas

Contoh-contoh yang menjelaskan seseorang itu adalah seorang yang skema..

1) "Hey, mata hijau/biru hanyalah akan terjadi jika rambut kau blonde. So rambut hitam kenapa pakai contact lenses warna biru?"

2) "Orang badan kecik mcm Angus Young je aa leh main Gibson SG. Yang badan besar tu pakaila keturunan Fender.."

3) "Kenapa campur baju dalam dgn panties, dia kan lain kategori?"

4) "Kalau kaki kanan dah terkena jubin merah, kaki kiri pun kena pijak jubin merah. Baru stabil."

5) "Tak faham.., sumorang ni taktau ke lane kanan skali tokleh drive 70km/h ke bawah...Peninggg!!"

6) "Takik disediakan kat junkfood untuk mudah buka... so kenapa nak guna gunting?"

Nampak?  Setiap benda kena make sense/balance. Itu maksudnya skema tahap kronik.

aduh kronikkk...

Sunday, January 19, 2014

Role Model

As you know. Parents are the best role model di kalangan manusia.

Kenapa awak suka barang branded?
"Oh ayah saya suka barang branded."

Kenapa tak makan itik?
"Ntah, dari kecil mmg mak saya tak pernah masak itik."

Without you REALIZING IT, you children are you mirror.
Don't blame them for what they know and learnt.

If you developed some  traits, let say,
KUAT BERDENDAM..., which you were not.
Can you blame your children?  Kerana mereka kuat berdendam, then the parents follow them?
Does it make sense? at all?

Scientifically, the gene is from parents.

I dunno. Maybe I'm just too small to tell you anything, but please, You'r not that great either. You just depend on you cellphone. Please. Don't. The brain cells can't grow if you don't like to think. Bersyukurlah dgn otak anda, use it wisely.


Friday, January 10, 2014

Bacalah Wahai Sipolan.

Kenapa perlu jatuhkan seseorang, just to make you fell better upon yourself?

I don't get you.

Best ke buat orang tersinggung?

Cakap alim.

Orang yang tidak takot akan Allah ialah orang yg tidak berilmu.

Jadi..  .?


Don't la......
I'm sick la....

If you are still not catching up, I'll tell you.
Please read.

You don't need to give any comment since I don't care.
My cake is very tasty and I don't care about the look.

You don't need to tell me that the beg that I bought doesn't suit me. Gaya kau mcm nak mati plak tengok aku beli beg pink.
Girl.., if I don't like it, why the hell did I have to spend RM200 for that little beg.?

You don't have to comment on any parts of my body since your's is worse than mine. It is just, I always use my brain before I talk.

You don't have to nod and nod and nod if you don't understand. You look like an idiot.
Just admit that you can't absorb very quickly like others.

Please drive brilliantly. You make me really angry (inside) when I'm in the car that you are driving. Can't you be more idiot??? USE YOUR SIDE MIRROR, FOR GOD SAKE!


I'm writing here because I know i cudn't tell you face to face since I don't like to see people crying in front of me or ask for forgiveness. You know I will never forgive you. Kau sendiri tahu betapa pendendamnye aku..  Yang paling peliknye, you shud know me better than others.
How sellfish are you.., stepping on other's heart, just to make you feel good. (make you FEEL good, I'm not saying it makes you LOOK good.)

I don't want to say sorry to you because majority, I hit you with small simple words just to make you realise, that you made so many remarks on my heart. I mention you, BAD REMARKS. So, yes, I will remember every single of it. FOREVER.

Kata terakhir.
You know me better.

Tuesday, October 29, 2013

I don't know why

Why must she mad at me for somewhat, shitty thing that I never do?

Just for ruining her HANDPHONE.    for god sake. .. ..  You are willing to sacrifice your relationship towards me, just because you don't know who drop the food on your phone, and you accused me???? Just for that?  Easy as that to hate me?????????

Now I am really mad. Its been a year I guess i havent updated my blog. Now I'm writing . I'm really mad.
After all I did?? AFTER ALL I DID??
You think I can handle you???
You think I can actually tolerate you??
If you really want to know, I was just pretend to be nice to you, while my heart was dying to debate with you...
DYING TO STATE MY MIND.. but I didn't. Mostly I didn't. I just HOLD.
And now,
you accusd me for something I didn't do??  Just for your love of your handphone??
Am I getting mad or the world has got no LOVE anymore???

I don't know why...

I just hope that you lost your phone and love me back.
I'm actually crying while writing this. And you wouldnt care anyway.
Play your handphone like nobodys bussiness. Just let me die alone. Just like your dad died, without you by his side.


Tuesday, September 17, 2013

berlian berhati kaca

baling, tak pecah, eh tengok2, pecah....

Monday, September 16, 2013

don't give up

bunyi berdesir air menyusup pantai...
tiada siapa yang tahu kemana arah tujuannya...
tidaklah henti ia memukul pantai,
tidak juga lah roboh pasir-pasir itu...

bagaimana kukuhnya ikatan pasir di tepi pantai..

setelah menyerap air setiap saat..

Wednesday, September 11, 2013

Her

sayang saya tak pernah berubah. . saya cuma penat dan sakit...